Malay Nationalist Party
Merdekakan Sejarah dari pembohongan.. Merdekakan minda dari Pembodohan!
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Pihak yang dulu menolak laungan "Merdeka" hari ini menjadi wira kemerdekaan..
Tahun 1945,PKMM ditubuhkan dengan slogannya "Merdeka" dan setahun kemudian UMNO ditubuhkan dengan slogan "Hidup Melayu" , slogan "Merdeka" oleh PKMM diperkecilkan UMNO dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka" ..
Akhir tahun 40an,Dr.Burhanudin pergi ke New Delhi utk bincang gerakan kemerdekaan bersama sama beberapa tokoh antaranya adalah Abdullah CD, pulangnya mereka ke Tanah Melayu,mereka menuntut kemerdekaan dari British, malangnya ditolak kerana British tahu golongan ini adalah penentang mereka dan tidak boleh dijadikan orang suruhan mereka,British kemudian merancang untuk beri kemerdekaan kepada tanah melayu,dan 'hero' yang diangkat British untuk diberi hak 'pejuang kemerdekaan' adalah barua no wahid mereka, UMNO!
Dalam proses ini,parti berhaluan kiri semuanya diharamkan British dan pemimpin mereka ditangkap,kecuali pemimpin UMNO... persoalan?kenapa pemimpin UMNO tidak ditangkap penjajah British?
Orang melayu wajib sedar,pejuang kemerdekaan adalah golongan berhaluan kiri,bukannya UMNO! UMNO adalah barua British dan bukan pejuang kemerdekaan,bahkan 'title' pejuang adalah begitu mahal untuk diberikan kepada UMNO.. UMNO tidak pernah berjuang MENENTANG BRITISH sebab majoriti pemimpin UMNO saat belum merdeka adalah pegawai bawahan British..
Buktinya? Sampai hari ini Sir Henry Gurney,pegawai British diagungkan UMNO, buka sahaja buku sejarah, watak henry gurney dilihat sebagai watak sahabat orang melayu,dan watak PKM sebagai musuh melayu,benar ada jahatnya PKM,tapi sebesar besar dosa PKM kepada orang melayu, BESAR lagi dosa henry gurney kepada UMAT ISLAM..korang tahu dak celaka Henry ni adalah anak haram yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin!
Selamat Ulang Tahun 'Kemerdekaan' ke 56 ! Merdekakan Sejarah dari pembohongan.. Merdekakan minda dari Pembodohan!
Artikel dari FB.
Menyampah betul dengar radio dan tonton tv hari ni... kena kelentong dengan sejarah palsu wal penipu.... muakakakakaaaaa....
Di Belasah Oleh Isa Waktu 4:10:00 PM
Menyampah betul dengar radio dan tonton tv hari ni... kena kelentong dengan sejarah palsu wal penipu.... muakakakakaaaaa....
Di Belasah Oleh Isa Waktu 4:10:00 PM
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Kegagalan usaha awal golongan radikal Melayu di Perak untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan Indonesia pada tahun 1945 telah mendorong para pejuang tersebut merancang gerakan dan strategi selanjutnya.
Mereka menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober 1945.
Mereka ini merupakan pelopor gerakan politik kepartian di Tanah Melayu dan menjadikan negeri Perak markas utama gerakan itu. Negeri Perak menjadi tempat perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja mereka. Dalam kongres pertama yang berlangsung di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945, PKMM telah memutuskan lapan resolusi penting bangsa Melayu, iaitu:
1. Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.
2. Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.
3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta taraf penghidupan bangsa Melayu.
4. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu bebas membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.
5. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.
6. Menghendakkan kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada orang Melayu.
7. PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.
8. Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.
Slogan MERDEKA!
PKMM menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Matlamat ini termaktub di dalam Rang Undang-undang 1946 PKMM yang diluluskan pada kongres pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945.
Dalam Rang Undang-undang itu juga tercatat dengan jelas TUJUAN: Kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air.
Setiap kali bertemu dengan para pendukung PKMM, laungan merdeka dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada. Laungan merdeka sambil menggenggam lima jari membawa pengertian berikut:
1. Merdeka berpolitik. Apabila kita merdeka maka apa yang kita mahu ialah politik negara kita bebas mengikut acuan yang kita suka.
2. Merdeka ekonomi. Kita mahu ekonomi negara kita merdeka dari tekanan pihak luar negeri atau penjajah kapitalis.
3. Merdeka beragama. Kita mahu negara kita bebas melaksanakan hukum dan undang-undang Islam sepenuhnya tanpa dikongkong oleh penjajah.
4. Merdeka sosial. Pergaulan hidup tidak terbatas kepada satu-satu kaum sahaja atau kasta yang sangat berbahaya itu.
5. Merdeka kebudayaan. Tiap-tiap bangsa di dalam dunia ini ada kebudayaan masing-masing. Kita mahu bebas memilih kebudayaan yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan agama serta bebas pula membuang kebudayaan yang menyesatkan orang Islam.
Berbekalkan slogan merdeka dan tafsirannya, ahli-ahli PKMM tekad berjuang dan berusaha untuk menyedarkan serta menyatukan bangsa Melayu agar turut serta dalam perjuangan politik mereka. Melalui akhbar, setiap orang diberi hak untuk bersuara.
Tentang hal ini, Rustam A. Sani menjelaskan:
Sepuluh tahun sebelum merdeka: Kongres Kedua PKMM
Oleh hal yang demikian, kepimpinan politik Melayu berhaluan kiri dalam PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh, bermatlamat untuk mencapai kemerdekaan penuh dan bersatu dalam Indonesia Raya.
Walaupun pada awal penubuhan PKMM terdapat pihak yang cuba menyelewengkan perjuangan bangsa Melayu dengan menyerapkan fahaman komunisme, namun dengan cekap dan pantas tokoh politik Melayu yang berjiwa kebangsaan dan Islam berjaya membersihkan PKMM daripada aliran komunisme.
Antara aktivis komunis yang terlibat dalam usaha mengkomuniskan PKMM termasuklah Mokhtarudin Lasso, Arshad Ashaari, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Musa Ahmad. Namun begitu, ideologi komunisme sukar mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu yang umumnya beragama Islam.
Kehadiran tokoh seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Baharuddin Latif menyukarkan usaha pihak komunis. Dakwaan ini dapat dibuktikan melalui usaha mereka untuk menamakan parti politik Melayu yang pertama ini dengan nama Parti Sosialis Melayu. Rancangan ini digagalkan oleh Ahmad Boestamam dan rakan-rakannya dengan mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1950 Kerajaan Federation of Malaya yang di bawah kuasa British pada ketika itu telah menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah dengan niat supaya sokongan melayu beralih kepada United Malay Nationals Organization (UMNO), parti melayu alternatif yang lebih mesra British dan mendapat dokongan Istana, yang ditubuhkan selang berapa tahun penubuhan PKMM.
Sementara itu, sebagai pengiktirafan dan mengenang jasa tokoh nasionalis dari anak negeri, Negeri Perak telah mengambil daya inisiatif mengabadikan nama-nama Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir di tiga buah sekolah di negeri Perak, iaitu:
• Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, Sungai Gedong, 343
00, Bagan Serai, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Jln Hj Mohd Ali, 32000, Sitiawan, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan, 34000, Taiping, Perak
**Bendera Sang Saka Malaya ataupun Sang Saka Merah Putih adalah saduran bendera PKMM.
- ehsan sdr johorborn
Sejarah Kemerdekaan: Lokasi Laungan "Merdeka!" kali Pertama di Tanah Melayu
Tahukah anda, di manakah lokasi pertama bergemanya laungan "Merdeka!" yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman? Selalu kita sangka bahawa tempatnya adalah di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur. Namun sangkaan itu adalah kurang tepat kerana tempat pertama bergemanya laungan itu adalah di Melaka.
Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdeka dari London. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara.
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
Jadi selepas ini, anda sudah tahu ye...
Editor S/U at 1:11 AM
0 comments:
Post a Comment