Friday 9 August 2013

TS Khalid Ibrahim: GB SK Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor perlu membuat permohonan maaf secara terbuka...

Jumaat, 9 Ogos 2013
Kita perlu menyelesaikan demi kesejahteraan pembangunan negara
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, guru besar SK Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor perlu mengambil contoh tindakan guru besar Sekolah Menengah Alam Megah Yati Dani, yang secara peribadinya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelajar selepas membuat kenyataan perkauman semasa perhimpunan sekolah.
"Kita perlu menghormati satu sama lain. Malah dalam sejarah Amerika, ia mengambil masa 150 tahun bagi mereka menerima bahawa tiada pengasingan," katanya pada sidang akhbar di rumah terbuka Hari Raya di Shah Alam hari ini.

"Kita perlu menyelesaikan demi kesejahteraan pembangunan negara.
"Guru besar hanya perlu meminta maaf dan duduk dengan pelajar tersebut dan makan bersama-sama," katanya tersenyum.

The Malaysian Insider melaporkan semalam bahawa ibu bapa pemberi maklumat menyebarkan gambar pelajar bukan Islam di SK Seri Pristana dipaksa untuk makan di bilik persalinan ketika waktu rehat, terpaksa memindahkan anaknya belajar ke sekolah lain.
Guneswari Kelly berkata, dia memindahkan anak perempuannya ke sekolah vernakular Subang selepas anaknya didakwa diaibkan semasa perhimpunan sekolah dan ia jelas menunjukkan penghinaan kaum berterusan oleh guru-guru dan rakan sekolah.

Keputusan untuk memindahkan anaknya dari sekolah,itu bagaimanapun, menurut Khalid bukan merupakan penyelesaian terbaik untuk tidak memanjangkan konflik ini.
"Ibu pelajar itu tidak sepatutnya mengasingkan anaknya kerana kita tetap akan hidup bersama pada masa hadapan dan untuk abad yang akan datang... kita tidak mampu untuk berdepan dengan perkara yang sama kelak," kata beliau,

Ramai ahli politik, guru-guru dan badan-badan bebas menyuarakan pandangan mereka secara keseluruhan mengenai kemelut ini maka ianya harus berakhir, kata Khalid.

Malah, pada bulan lepas, jawatankuasa perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan menyertai pertelingkahan ini dengan menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat Guneswari agar di dakwa bawah hasutan atau sebaliknya. IdaMan Blogs

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena