Thursday, 29 August 2013

Isu Kongsi gelap: 'Waspada!' kata polis...

Khamis, 29 Ogos 2013
40,313 ahli kongsi gelap
40,313 ahli kongsi gelap
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri mendedahkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Polis akan mengambil tindakan terhadap anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
 
Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan dan akta-akta berkaitan jenayah.
 
"Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka," katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
 
Khalid menyifatkan kesemua kumpulan berkenaan sama kerana terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, membunuh, bergaduh, memukul dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata polis akan memburu kesemua yang terbabit secara serius melalui Op Cantas.
 
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media hari ini berkata kesemua 49 kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos.
 
Khalid juga berkata polis sedia mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap ahli politik yang didapati terbabit dalam kegiatan kongsi gelap termasuk menjadi ketua kumpulan itu.
 
"Setakat ini kami tidak dengar lagi ahli politik yang terlibat dalam kongsi gelap, tetapi kalau kami siasat dan didapati benar, kami akan ambil tindakan yang betul," katanya mengulas laporan akhbar semalam yang mendakwa terdapat kumpulan kongsi gelap diketuai ahli politik di negara ini. - Bernama

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena