Thursday 8 August 2013

1 Syawal Hari Raya: 4 insiden tembakan senjata api dilaporkan berlaku... & Ketua Bounzer pulak kena tembak..

Khamis, 9 Ogos 2013
4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam
OLEH DIYANA IBRAHIM
AUGUST 09, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 09, 2013 08:35 AM




Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah  menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Kenyataan Media MAPIM
3 hb Ogos 2013

TAHAP INSIDEN JENAYAH BERAT SANGAT MENGKHUATIRKAN DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

Kami merakamkan keprihatinan yang serius terhadap tahap keselamatan awam di negara ini yang amat mengkhuatirkan memandangkan berita mengenai beberapa jenayah berat yang terjadi dilapurkan hampir setiap hari dalam media.

Ia seolah mengambarkan insiden jenayah sudah menjadi ciri yang terlalu lazim dalam negara ini. Sekaligus menandakan tahap keselamatan awam tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.

Terakhir berita tiga jenayah tembak diwaktu siang yang berlaku dalam satu hari baru-baru ini telah mengemparkan seluruh rakyat di negara ini. Selang sehari selepas itu berlaku lagi insiden tembak mati di Parit Buntar, Perak.

Sebenarnya hampir setiap hari jenayah bersenjata dilaporkan dalam media. Pihak berkuasa sepatutnya lebih maklum tren yang sedang berkembang ini.

Kami memahami bahawa pihak polis sedang berusaha keras untuk menjadikan negara ini sebuah negara selamat, akan tetapi perkembangan semasa menunjukkan nampaknya apa yang diharapkan tidak berlaku.

Mengikut laporan United Nations Office on Drugs and Crimes, pada 2011 kadar jenayah bunuh dengan sengaja (intentional homicide ) di Malaysia ialah 2.3 dalam setiap 100,000 penduduk dan insiden bunuh yang dikira pada tahun tersebut ialah 604 orang iaitu lebih 50 orang dibunuh setiap bulan atau 1.6 orang dibunuh setiap hari.

Berdasarkan angka ini tidak hairan ada persepsi bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak mempunyai tahap keselamatan awam yang menjaminkan.

Oleh itu sudah sampai masanya tahap memerangi jenayah terancang ditingkatkan dengan menangani penjenayah tegar dan kumpulan gangster yang merasa mereka tidak boleh disentuh kerana ada persepsi umum yang merasakan mereka mendapat perlindungan dari pihak tertentu.

Oleh kerana itu kami berpendirian suatu modus operandi yang lebih bersungguh,  professional dan berkesan hendaklah dilancarkan oleh pihak polis.

Kami berpandangan pendekatan khusus untuk mensasarkan penjenayah dan  sindiket penjenayah secara terfokus perlu digerakkan. Polis dan pendakwaan serta pelbagai jabatan awam yang lain perlu bergerak secara bersepadu untuk mengesan penjenayah.

Kami berpendapat kerajaan perlu mengerakkan jentera pentadbirannya dan segala instrumen fiskal yang ada, bergabung dengan peruntukan undang-undang jenayah yang yang lebih kukuh untuk memerangi jenayah bersindiket secara berkesan.

Bermakna jenayah terancang akan terpaksa berdepan dengan kerajaan yang terancang pada tingkat nasional dan lokal. Dengan merangka pelbagai  halangan yang sangat sukar untuk penjenayah menjalankan kegiatan jenayahnya, gerak geri mereka dapat dijejaki lebih awal.

Kami mengusulkan suatu laporan Senario Jenayah Terancang dan Ancaman Ke atas Keselamatan Nasional perlu dibentangkan kepada Parlimen. Maklumat yang dikumpul perlu didedahkan untuk para penggubal undang-undang (ahli parlimen) membahaskan bagaimana jenayah dapat dikekang.

Kami percaya suatu pendekatan yang menyeluruh, bersepadu dalam menangani jenayah terancang perlu diguna. Meningkatkan sasaran menangkap dan mendakwa penjenayah perlu dijadi satu matlamat yang utama agar sindiket penjenayah tidak merasa mereka mudah melepaskan diri.

Adalah  sangat penting sasaran untuk membenteras jenayah terancang dan sebarang gerakan subversif perlu dijadikan objektif utama. Oleh itu jenayah seperti pengedaran dadah, permerdagangan manusia, transaksi wang haram hasil jenayah dan kumpulan gangster upahan perlu disasarkan dengan lebih pintar.

Bermakna sudah sampai masanya membenteras jenayah berat perlu menjadi prioriti nasional bagi pihak polis.

Kami merumuskan terdapat beberapa isu yang perlu segera diatas untuk membenteras jenayah terancang iaitu:

1. Ujudnya persepsi  jenayah terancang  semakin meningkat.

2. Keadeh strategi polis yang  konvensyenal tidak berkesan dalam mencegah jenayah terancang.

3. Persepsi ujudnya hubungan tidak beretika yang terlindung antara penjenayah dengan pihak berkepentingan.

4. Peluang dan akses untuk memilikki senjata api.

5. Amalan korupsi dan kurangnya kemahiran untuk menangani jenayah terancang.

6. Ketiadaan atau kelemahan undang-undang yang berkaitan dengan mencegah jenayah terancang.

7. Keyakinan masyarakat awam terhadap polis.

8. Pelaporan Media terhadap jenayah terancang.

Kami berpendapat semua isu ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan jika menangani isu jenayah berat dan sindiket penjenayah hendak dijayakan.

Kami dengan ini menyenaraikan Rekomendasi kepada pihak kerajaan untuk diberi perhatian yang wajar:

1.Membentuk sistem maklumat yang berkesan untuk menjejaki jenayah terancang. Oleh kerana kecanggihan gerak aktiviti jenayah semakin meningkat maka pihak polis juga perlu mempunyai sistem pencegahan dan pengesanan yang pro aktif.

2.Pihak polis tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah konvensyenal untuk mencegah jenayah kerana sindiket penjenayah mempunyai kemampuan untuk memintas pengawalan polis.

3.Rangsangan untuk melakukan jenayah berkait dengan sosio-ekonomi dan budaya masyarakat yang semakin tinggi. Oleh kerana itu pihak kerajaan perlu melihat perubahan dan tren gaya hidup yang melibatkan pelbagai faktor yang mengundang jenayah untuk berlaku.Oleh itu pihak polis juga perlu mengambilkira status sosio-ekonomi masyarakat yang menyumbang kepada jenayah.

4.Hubungan penjenayah dengan individu yang berpengaruh semada dalam politik atau menjawat jawatan awam perlu dikesan dan diberi perhatian khusus untuk mengatasi jenayah terancang.

5.Undang-undang melindungi pemberi maklumat perlu benar-benar dikuatkuasakan kerana ujud beberapa kes yang melibatkan keselamatan pemberi maklumat terdedah kepada tindakan  penjenayah bersindiket.

6. Pembinaan  professionalisme dan kapasiti polis perlu diperkukuhkan. Latihan jangka pendek dan jangka panjang untuk meningkatkan kemahiran siasatan perlu dilaksanakan. Tahap ketelusan dan etika dalam bertugas sangat penting diperkemaskan. Begitu juga tahap pengesanan pergerakan penjenayah perlu ditingkatkan. Pengemblengan seluruh jentera secara bersepadu perlu dijadikan modus operandi untuk mencegah jenayah terancang.

7. Kesedaran publik mengenai jenayah terancang perlu disebarkan. Pelbagai program komuniti untuk meningkat pengetahuan publik terhadap jenayah terancang perlu diatur supaya hubungan komuniti dan keyakinan awam terhadap polis dikukuhkan.

8. Suatu polisi media dalam melaporkan jenayah terancang perlu diujudkan. Pengedaran maklumat yang tepat perlu dijadikan polisi yang tegas dan mengelakkan gejala  mensensasikan berita tanpa maklumat yang tepat dielakkan.

9. Laporan senario jenayah terancang perlu dibentangkan di Parlimen untuk membahaskan pelbagai aspek tindakan menangani jenayah terancang dibincang seperti undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.

"Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.

Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.

Terdahulu di Chemor, Perak seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.

Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam tadi apabila dua suspek bermotosikal itu dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Sementara itu, di Georgetown, Pulau Pinang pula berlaku kejadian tembak menembak awal pagi tadi mengejutkan penduduk sekitar apabila 16 tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah banglo di Pulau Tikus.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan polis kini sedang mengenal pasti identiti penembak melalui rakaman cctv.

Pada masa sama dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, jam 11.30 pagi tadi seorang. lelaki ditembak sekurang kurangan 10 kali oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson.

Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur. - 9 Ogos 2013.


Ketua Bounzer pulak kena tembak..


GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya.

Sumber berkata ketua 'bonzer' itu telah bercakap dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka yang kemudiannya ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan tersebut.

Dia kemudian bergegas ke salah satu kelab hiburan di situ untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan.

Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Too Pek, dikatakan menjadi salah seorang ahli kongsi gelap terkenal di negeri ini.  

Pengunjung kelab berkata mereka mendengar bunyi seakan-akan serupa dengan bunyi mercun.

Polis setakat ini telah menahan dua orang pencuci, kedua-duanya warga asing di tempat kejadian yang didakwa cuba untuk menghapuskan bukti. Polis turut menemui tujuh sarung peluru.

Jurucakap polis berkata, mereka telah mengkaji rakaman CCTV yang diambil di tempat kejadian ~ mStar

Mercun dan Senjata Api kedua-duanya diharamkan dinegara ini.. tapi kena tiba-tiba ianya berleluasa dalam musim perayaan ini?

Salah siapa agaknya ianya kini dilihat berleluasa?..
Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena