Friday, 16 August 2013

Punca Orang Muda Melayu Tidak Pilih Pakatan Rakyat & Ini Sebenarnya Pilihan Orang Muda: Dikenali Suprima S !

Jumaat, 16 Ogos 2013
PR sudah pun memulakan langkah di haluan yang tepat dengan membangkitkan banyak isu berkaitan dengan golongan muda
“Contohnya, kami bercakap mengenai penurunan harga kereta,”- Rafizi


Harga Kereta Bila Nak Turun?
"Tatak Tulun Punya Maaa!"
(Kesan Orang Muda Salah Memilih BN PRU13)
Gambar hiasan

Model Terbaru Daripada Proton - Proton Suprima S!
Model : Dikenali Suprima S
Harga : ? sebuah 





Gempak.Org

Saudi Arabia: Murahnya?




BN buat pengundi muda Melayu takut kami, kata Ahli Parlimen Pakatan
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
AUGUST 16, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 16, 2013 03:09 PM
Pengundi muda Melayu dan kali pertama mengundi didoktrinkan dengan isu identiti Melayu yang digunakan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk menanam ketakutan terhadap pembangkang, kata pembuat undang-undang Pakatan Rakyat (PR), hari ini.

Mereka berkata, itu adalah sebab pengundi muda Melayu dan pengundi kali pertama memilih untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) – seperti didedahkan dalam kajian corak mengundi oleh Merdeka Center, baru-baru ini.

Rafizi Ramli (gambar) daripada PKR dan Zairil Khir Johari daripada DAP, berkata penemuan daripada kajian itu tidak begitu mengejutkan.

“Kami tahu ia adalah pertempuran yang sukar untuk mendapatkan pengundi muda Melayu – mereka berumur antara 21 hingga 26 – untuk mengundi kami,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Ini kerana, katanya, mereka dalam kumpulan umur itu baru sahaja keluar daripada sistem pro-BN, di mana mereka dibiarkan untuk percaya bahawa mereka perlu berjuang mempertahankan hak orang Melayu.

“Ini boleh dilihat di sekolah, university dan di mana juga. Mereka sama seperti pengundi luar bandar – mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana.

“Imej yang disampaikan oleh BN ialah PR tidak berminat langsung dengan hak Melayu, menyebabkan mereka takut kepada kami,” katanya.

Merdeka Center mendedahkan di sebalik kepercayaan popular, majoriti pengundi Melayu yang masih muda dan mengundi kali pertama memberi sokongan mereka kepada BN, menandakan bahawa pembangkang belum berjaya meyakinkan bahawa masa depan mereka selamat dnegan PKR, DAP dan PAS.

Golongan  muda Melayu, katanya, akan menjadi kumpulan pengundi lebih besar dalam proses mengundi akan datang berbanding hampir dua pertiga, atau 64.7 peratus pengundi muda yang berdaftar tahun ini.

Zairil (gambar) berkata, kumpulan umur 21 – 30 tahun lebih kepada golongan `atas pagar’. Mereka bukan penyokong kekal BN atau PR.

“Mereka mempunyai rasa tidak selamat dan kekurangan. BN berupaya menggunakan keadaan itu dengan menggunakan isu perkauman,” katanya.

Dalam kata lain, katanya, BN menyebabkan mereka melupakan masalah sebenar dengan cara perkauman.

“Mereka masih terlalu muda ketika reformasi 1998 berlangsung. Jadi, mereka tidak tahu bagaimana kami boleh berada di sini.

“Sama ada strategi BN akan berjaya atau tidak pada PRU akan datang, masih belum diketahui,” katanya.

Beliau berkata, pengaruh media sosial dan internet memberi sumbangan besar kepada kebaikan PR dan diterjemah ketika hari mengundi pada 5 Mei lalu dan ia boleh jadi semakin kuat.

“Kumpulan umur itu mungkin akan pergi kepada mereka yang mampu menyelesaikan isu dan apa memberi kesan kepada mereka. Ini adalah sesuatu yang PR akan laksanakan,” katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR, berkata apa yang diperhatikan ialah pengundi muda Melayu mungkin akan bermula sebagai penyokong BN, tetapi mereka akan meragui gabungan itu pada masa depan.

“Menjelang usia 26 tahun, mereka akan melihat beberapa perkara yang mungkin akan menunjukkan pengalaman mengenai rasuah dan kegagalan BN untuk menyelesaikan isu itu. Jadi, mereka akan menjadi kurang yakin terhadap BN,” katanya.

Apabila mereka berusia 30 tahun,  katanya, mereka akan menjadi penyokong kuat PR.

“PR membuat keputusan yang praktikal sebelum pilihan raya, bahawa kami akan menawan mereka yang berumur 26 tahun ke atas kerana generasi lebih muda takutkan mereka.

“Bagaimana kami mengendali ketakutan itu?” soalnya.

Rafizi berkata, DAP sejak sekian lama digunakan oleh Umno untuk memomokkan pengundi muda Melayu yang percaya mereka tidak lagi relevan jika PR berkuasa.

Beliau mendedahkan bahawa PKR sudah merangka perancangan, yang akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menangani isu itu.

“Kita perlu berdepan dan membina semula identiti Melayu dan kita juga tidak boleh dilihat hanya mendapat sokongan kuat daripada bukan Melayu.

“Saya yakin corak itu akan terbalik, jadi BN tidak sepatutnya terlalu gembira mengenai penemuan itu. Sebaik sahaja PR memberi tumpuan kepada pengundi muda Melayu dan menyelesaikan isu mereka, BN akan hilang,” katanya.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Nurul Izzah Anwar dari PKR berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diadakan untuk menyemai ketakutan terhadap pembangkang di kalangan golongan muda Melayu.

Liew berkata, pengundi muda Melayu kebanyakannya adalah lepasan sekolah yang dibekalkan dengan bahan propaganda.

“Kami sudah pun diberi amaran mengenai perkara ini awal-awal lagi,” katanya.

Liew mengaku bahawa DAP sedang melakukan sesuatu untuk memikat pengundi muda Melayu kerana parti itu dilihat sebagai parti berorientasikan kaum Cina.

“Kita perlu mendapatkan semua orang. Kita perlu dilihat sebagai mewakili suara Melayu juga,” katanya.

Beliau berkata, pengundi Melayu yang lebih berumur kelihatan lebih pro-pembangkang kerana mereka sudah menyaksikan sendiri kegiatan rasuah dan kronisme dalam kerajaan.

“Mereka lebih kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda. Ini pertempuran sengit kerana pengkritik kami sedang cuba meletakkan kami dalam kotak, memanggil kami pro-Cina,” katanya.

Nurul Izzah berkata, PR kini melihat semula usaha mereka dalam mendapatkan sokongan golongan muda.

“Mungkin ceramah sudah tidak sesuai lagi. Kita perlu melihat kepada aktiviti berorientasikan golongan muda,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, PR sudah pun memulakan langkah di haluan yang tepat dengan membangkitkan banyak isu berkaitan dengan golongan muda.

“Contohnya, kami bercakap mengenai penurunan harga kereta,” katanya. – 16 Ogos, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena