Tuesday 6 August 2013

Penoreh Getah Pun Kena Tembak?

Selasa. 6 Ogos 2013
Gambar Hiasan
Seorang penoreh getah maut manakala seorang wanita cedera selepas ditembak seorang individu, dipercayai bermotifkan dendam dalam satu kejadian jam 5.15 pagi tadi di sebuah restoran di Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada pukul 1.20 tengah hari selepas terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat.
Manakala Norhadiana Zakaria, 25, seorang pelayan di restoran berkenaan pula terkena tembakan yang tertembus ke bahagian bawah lutut kanannya dan kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.Terdahulu kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, sebelum di rujuk ke HUSM.
Mazlan berkata dalam kejadian itu, Amirul Tajo sedang minum bersama dua rakannya yang lain di kedai berkenaan dan hampir selesai membayar makanan sebelum didatangi dua individu bermotosikal jenis Yamaha LC yang memakai helmet dan berjaket hitam.

Katanya pembonceng motosikal itu kemudiannya telah melepaskan beberapa das tembakan kepada mangsa dari atas motosikal yang jaraknya kira-kira dua meter sebelum Amirul Tajo rebah dan Norhadiana kemudiannya melarikan diri masuk ke dalam kedai.Beliau berkata kedua-dua suspek yang juga memakai penutup muka kemudiannya melarikan diri.
HUSM, Kubang Krian
Polis yang berada di tempat kejadian menemui 10 butir kelongsong peluru jenis empat slug 9mm dan tiga slug 0.38mm dan motif tembakan masih dalam siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, Zainab Derani, pemilik warong kopi itu menjelaskan, beliau menyedari kehadiran suspek berkenaan dengan motosikal berwarna merah hitam dan kedua-duanya memakai pakaian serba hitam dengan mukanya di tekup kain dan bertopi keledar hitam.

"Saya sedang membasuh pinggan lepas tu bunyi bedil, saya marah kerana main bedil masa ini tetapi anak saudara pula menjerit dia kena bedil . Saya tengok ada tembakan, selepas itu pelanggan itu jatuh dan saya tengok di atas ada dua orang atas motor.
"Katanya mangsa yang rebah itu kemudiannya dikejarkan ke hospital manakala penjenayah berkenaan melarikan diri.Katanya mangsa yang cedera, iaitu pembantu warong ini , Norhadiana merupakan anak saudaranya, manakala mangsa yang terbunuh itu beliau kenali dan tinggal di kampung berdekatan.

Sebelum ini, beberapa kes tembakan turut dilaporkan secara meluas di media.Kes terbaru melibatkan Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang mati ditembak di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Sebelum itu terdapat tiga lagi kes tembakan yang melibatkan Jasrafveenderjeet Singh, 25 di Ipoh, G. Santhanasamy, 30 di Bukit Mertajam dan Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang parah akibat ditembak semasa sedang memandu.
Kesemua mereka maut selepas ditembak sementara R. Sri Sanjeevan masih menerima rawatan rapi di Hospital Serdang. ~astroawani/Dicatat oleh ustazcyber


Baju Kalis Peluru


Jaket Kalis Peluru Eksekutif EnGarde Malaysia
Pakaian Dalaman Vest Jenis EnGarde Deluxe 
Chaleco interior EnGarde DeLuxe
Semenjak ia diperkenalkan Vest EnGarde Deluxe telah menjadi vest yang paling disukai ramai. Perlindungan dibahagian hadapan, tepi  dan belakang daripada senjata api membuatnya pilihan yang paling sesuai untuk pegawai-pegawai penguatkuasa undang2 dan anggota2 keselamatan. Kocek2 dalaman yang tersembunyi membolehkan panel2 balistik berukuran 25 x 30 cm dimuatkan.

Spesifikasi
Pakej balistik yang sedia ada: ENGARDEII-ULTRALIGHT or ENGARDEIIIA-PRO
Kain yang digunakan untuk Vest: Kapas ‘Cotton twill’
Tahap Perlidungan NIJ: 1.5 kg / 3.3 lbs untuk tahap NIJ Level II+
  1.95 kg / 4.3 lbs untuk tahap NIJ Level IIIA+
Warna: Hitam, Puteh
Aksesori:                 Panel Anti Tikaman TitanSkin™ , Panel pelembut Trauma ENGARTEX™

 


Topi Keledar EnGarde PASGT Tahap NIJ IIIA
Topi keledar EnGarde PASGT IIIA memberi perlindungan kepada pemakai dengan Tahap NIJ IIIA daripada peluru dan serpihan bom (shrapnel). Kulit topi ini mempunyai  banyak lapisan Aramid. Ia memberi keselesaan maxima kepada pemakai serta pergerakan (mobiliti) yang bebas lagi terlindung. 

Spesifikasi
Tahap perlindungan NIJ: IIIA
Berat: 1.4 kg / 3.1 lbs
Warna: Biru Laut (Navy blue)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena