Tuesday, 27 August 2013

Tahniah Jabatan Mufti Negeri Kedah…Mangga Haram dijual!

Selasa, 27 ogos 2013


MAJALAH MANGGA KINI HARAM DI KEDAH- FATWA


Tahniah Jabatan Mufti Negeri Kedah…




Artis dalam majalah mangga 18sx 
(Tulis sambil tutup mata...)
Alahai.. comel!

Credited: The Telegraph








Posted by Bujang Lapok Moden at 17:13
Buat sekian lamanya, masyarakat yang prihatin dengan perkembangan sekeliling di negara ini telah menyuarakan keluhan dan kerisauan dengan permasalahan sosial dan kebejatan akhlak yang semakin subur membiak di Malaysia.

Permasalahan-permasalahan seumpama ratusan ribu kes anak luar nikah yang didaftarkan, ribuan kes buang bayi di sana sini, pertambahan kes sumbang mahram yang dilaporkan dan kes-kes lain seumpamanya adalah manifestasi daripada maksiat yang berleluasa dan dengan terbuka-luasnya pintu zina di sana sini.

Filem, video dan majalah lucah serta media elektronik yang tidak terkawal adalah di antara punca-puncanya.

Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah kerana telah mengambil inisiatif yang sangat baik dengan mengeluarkan fatwa pengharaman ‘Majalah Mangga’.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”

Isu sekarang ini pula ialah bagaimana fatwa yang telah diwartakan ini akan dilaksanakan ?

Kita sama-sama mengharapkan agar kerajaan pusat melalui agensinya seperti KDN, Kementerian Penerangan, JAKIM dan lain-lain akan bertindak dengan lebih agresif dan efektif terhadap perlaksanaan fatwa yang telah diwartakan ini. Bukan sahaja kepada Majalah Mangga bahkan juga menutup rapat pintu zina dan maksiat daripada dilaksanakan secara terbuka dan berleluasa di negara ini, selain daripada mengambil inisiatif mendidik keseluruhan pemimpin dan rakyat jelata.

Dalam masa yang sama, pengukuhan institusi kekeluargaan dan penambah-baikan kepada sistem pendidikan di negara ini akan banyak membantu kita terhadap kejayaan pembinaan masyarakat yang sihat dan negara yang bertamadun dalam erti kata yang sebenar.
Juga baca :
http://zainurrashid.com/gejala-zina-remaja-malaysia-%E2%80%93-di-manakah-masa-depannya/


Lagi pose lucah artis majalah mangga untuk pembaca
Kepala hotak AmenoWorld on Sunday, April 3, 2011
Gampang siot. Angin betul aku ngan umno neh. Siyes korang mesti marah aku kaw2 punya apsal aku nak kaitkan dengan umno. Meh sini aku ajar korang kenapa aku nak kaitkan isu neh dengan umno. Nak marah boleh tapi amek tahu dulu selepas tue nak sambung marah, silakan. Aku no hal.

Majalah mangga = kumpulan utusan = kerajaan = umno

Ada faham? Majalah mangga di miliki oleh orang di atas. Mungkin umno tak suruh wartawan hiburan mangga tangkap gambar seksi macam tue. Tapi at least kasi lah warning kat wartawan mangga je. Neh asyik tutup mata je. Kalau tak tegur umpama macam bagi sokongan juga.
Korang tengok gambar-gambar bawah neh ;
Mangkuk ayun kat atas neh berusia baru 19 tahun. Apa motif wartawan mangga tangkap gambar artis macam neh? Cakap memang senang. Kita tak beli majalah neh. Tapi majalah neh takan terhapus hanya kerana kita je tak beli sebab masih ramai orang lain especially budak2 sekolah kita [melayu + muslim ] yang beli.

Memang majalah neh tak mempengaruhi kita tapi majalah neh mempengaruhi minda anak remaja kita. Generasi muda kita akan rosak dan mereka akan terjebak dalam dunia penuh maksiat kalau tidak dicegah dari awal.

Memang kita perlu bersikap penyibuk untuk menjaga akidah umat islam. Apatah lagi bila umat islam sendiri yang menjadi mastermind untuk merosakkan akidah umat islam. Lainlah kalau agenda umat kafir. Bolehlah kita faham lagi, kenapa dia musuhi orang islam. Neh umat islam sendiri yang kasi rosak anak bangsa. Sapa tak hot macam neh?

Patut buat demo. Kita kasi bakar majalah lahanat neh. Majalah neh dah melampau. Kalaupun artis tersebut yang rela pakai baju tersebut kenapa wartawan dan jurugambar mangga sudi tangkap gambar tersebut? Kenapa tak tangkap gambar dari posisi yang berlainan? Kenapa editor sudi meluluskan gambar tersebut untuk di terbitkan? AMboii sedapnya alasan wartawan2 hiburan neh nak menyalahkan artis 100%. Macam takde tanggungjawab plak.

Bukan tak boleh pun propose dan pujuk artis tersebut agar tukar ke baju yang lebih sopan. Apatah lagi artis neh baru berusia 19 tahun. Lagi mudah dipujuk dan ditarbiah. Bukan tak boleh tapi cuma tak mahu sebab wartawan mangga gampang neh nak jual gambar lucah. Gambar lucah mereka ada permit. Gambar lucah mereka ada lesen. Ini tahun melucah 2011. Di bawakan oleh umno khas untuk anda.
Rain + ticket F1 = Free. Klik sini
Proton Exora ada contest, klik sini
Sozcyili : Gambar lucah kat atas neh halal menurut tafsiran akta lesen. Harap maklum.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena