Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ?
Satu harapan baru
Apakah motif dan tujuan Najib 1Malaysia yang beliau mahu buat. dan apakah mimpi Aziz SPR. Mungkin Umno dan MP Umno masih lagi berbangga dengan kekuatan Umno yang menang banyak kerusi Melayu dan Umno pada hakikat adalah parti tunggal kuat orang Melayu. Umno berjaya 'kecundangkan PAS' pda PRU lepas.
FB SPR=Suruhanjaya Penipu Rakyat
PRU13 yang lalu keputusannya adalah memberikan 'episod' malang bagi PAS. Malah kalangan pembangkang DAP dan PKR , parti PAS adalah parti yang 'paling merosot' jumlah kerusi yang dimenangi berbanding dengan jumlah kerusi yang ditandinginya.
Justeru, kita perlu melihat apakah 'bentuk baru sisitem SPR ' mahu perkenalkan. ia masih terlalu awaal. SPR minta bentangkan dahulu cadangannya ?Muhajirin/PERANTAU
SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya
Abdul Aziz Mohd. Yusof
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara.
"Ada perkara yang sudah kita buat tetapi perkara yang serius kita sedang mengkaji lagi dengan teliti.
"Banyak perkara sedang diteliti seperti pendaftaran pemilih secara automatik, persempadanan semula, mewujudkan badan lain yang mengendalikan pendaftaran pemilih, penglibatan badan asing dalam sistem pilihan raya umum dan sebagainya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, untuk tujuan itu, SPR turut menjadikan sistem pilihan raya yang diamalkan di negara-negara lain sebagai rujukan sebelum memastikan sama ada ia sesuai dilaksanakan di negara ini.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pelbagai pihak mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula sistem pilihan raya sedia ada termasuk keperluan menukar kepada sistem lain yang lebih telus dan adil.
Namun, ada juga berpendapat sistem majoriti mudah yang diamalkan negara kini adalah yang terbaik kerana membawa pembangunan secara serentak di setiap kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat masing-masing.
Posted by zbh2663 Muhajirin at 8:16 PM
Demonstrasi: KERANDA depan pejabat SPR simbol kematian demokrasi
Oleh Sidiqin Omar
Mereka yang berpakaian hitam itu turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.
Hanya lima orang wakil dari kumpulan tersebut dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Pengerusi SPR di lobi pejabat SPR.
Sementara itu, kumpulan berbaju hitam tersebut berhimpun di luar pagar dan membawa sepanduk ‘Kami Mahu Pengerusi SPR Letak Jawatan’, ‘SPR Jelaskan Pengundi Hantu, Peti Undi Hantu & Blackout’ selain melaungkan slogan ‘SPR Tipu’, ‘Bangkit Rakyat’.
Sumber Sendiri Mahu Ingatlah….
0 comments:
Post a Comment