Monday 12 August 2013

Agenda Sulit Najib & Anwar Gagal Kerana UTUSAN serang Cina dan India - Asia Sentinel

Selasa. 13 Ogos 2013









Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga..
Posted by Ayid

Monday, August 12, 2013
Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak..

Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu.

Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN?

Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya..

Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat

Baca lagi http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/akhirnya-tawaran-najib-kepada-anwar.html

Usul Kerajaan Perpaduan Bukti Najib & UMNO Dalam Keadaan Sesak Nafas
Posted By Greenboc


Anwar sahkan, Najib tawar kerajaan perpaduan dengannya, lapor Asia Sentinel



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. 

Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. 

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. 

Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. 
Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. 

Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. 

Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri. 

Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13. 

Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno. 

Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu. -TMI

ULASAN GB

Usul dan tawaran Kerajaan Perpaduan oleh Najib membuktikan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh beliau kini sedang berada di dalam keadaan lemah dan goyah. Sekalipun UMNO mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya.

Apatah lagi kini MCA dan MIC telah di tolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing. Maka BN hanya bertunjangkan UMNO dan ia tidak lagi menggambarkan "realiti" masyarakat Malaysia yang sebenar. 

Apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas UMNO akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu.

Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kememangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa. Demikian hukum kebenaran dan keadilan.


Agenda sulit antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak
Written By canang - 13/8/1013
Agenda sulit Anwar Ibrahim dan Najib Razak

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.

Laman berita Asia Sentinel melaporkan, Najib didakwa telah memulakan usaha tersebut secara senyap-senyap melalui bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla untuk merangka perkara itu.

Laporan itu menyebut, usaha terakhir itu berlaku ketika Jusuf berada di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu.

Jusuf Kalla juga cuba merundingkan perdamaian di antara Najib dan Anwar untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum, didakwa atas usaha Anwar sebelum pilihan raya umum 5 Mei.
Kerajaan Rakyat.

Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga..

Akhirnya.. Anwar Dedah Rahsia Terbaru Najib
Posted by Addin Deen at 8/13/2013
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.

Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu.

Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13.

Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan  Rakyat sendiri.

Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13.

Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno.

Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu." ~the malaysian insider




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena