Sunday 11 August 2013

Kes bungkusan meletup: Lepas tembak menembak.. BOM pulak!... TPM ucap takziah.

Ahad, 11 Ogos 2013
NKRA capai hasil, kadar jenayah turun

Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang diperkenalkan pada April tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Pengarah komunikasi bagi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, Alex Iskandar Liew, berkata indeks jenayah keseluruhan pada Januari hingga Ogos menurun 16.24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jenayah jalanan turut menyaksikan penurunan signifikan ke 37 peratus dalam tempoh sama, katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung kemaskini prestasi GTP baru-baru ini.

Liew berkata hasil positif ini dipandu oleh, antara lain, kehadiran anggota polis (2,026 sehari), tindakan gigih di pelbagai kawasan panas jenayah, pemobilisasian 372,550 anggota Rakan Cop, 105,850 anggota skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja.
- Bernama
Selepas Kes Tembak, Kini Kes Bom Pula, Seorang Kerani Maut



Seorang anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan memeriksa kenderaan Naza Citra yang diletakkan objek bahan letupan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat, Kelantan, semalam. - BERNAMA

TPM ucap takziah

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang maut apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) meletup di Tumpat, Kelantan, hari ini.
  
Muhyiddin berkata beliau amat sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.

"Kepada keluarga Allahyarham, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap dapatlah bersabar dan redha dengan dugaan Allah ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Muhyiddin menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng sebelum ini berkata kejadian berlaku pada 11 pagi ketika Mohd Yusrizal cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya yang berada di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat.

Menurutnya, letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
  
Berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Mohd Yusrizal dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi perempuan berusia empat bulan. - Bernama

Gambar Terkini Mangsa Letupan BOM..

Anggota polis memeriksa mayat Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 yang mati akibat satu bungkusan yang diletakkan di atas bumbung sebuah kereta yang diambilnya tiba-tiba meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di Tumpat,

Berdoalah kita kepada Allah agar kita sentiasa dilindungi Allah di bumi Malaysia ini...KP Negara kata indek jenayah turun 27% boleh caya ke.???Lepas tembak menembak.. BOM pulak,lepas ni mungkin guna kereta kebal pulak..Allah dah sediakan syariat (Undang2) untuk manusia..kerja kita jalankan saja..tak payak sakit-sakit kepala nak gubal undang-undang baru..Tapi manusia bernama UMNO sombong dengan Allah dan merasa undang-undang sekular lebih baik dari undang-undang Allah.

Maka Allah cabarrrrr...barangsiapa yang menghukum selain dangan hukuman Allah..maka tunggulah masa..dimana jenayah dan kemungkaran akan berleluasa sehingga kamu wahai manusia akan menjadi kebinggungan dan putus harapan...Tunggulah saat dan ketikanya!!
Nukilan Oleh Juragan pada 5:44 PTG

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena