Isnin, 5 Ogos 2013

Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Tangkapan dibuat oleh OCS Travers terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.
Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.
Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P) mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan Johor.
Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat.
(sumber FB adminRF / gambar AAKJ)
MNH
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
“Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
“Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers,” katanya kepada pemberita, di ibu negara.
Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).
Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.
Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. – Bernama



Read More
Istana Negara

Kumpulan Panji Hitam datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara
Istana Negara: LEBIH kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur. Kumpulan ini terdiri seramai lapan orang lelaki dan dua wanita berpakaian serba hitam, menaiki tiga buah kereta.
Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P) mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan Johor.
Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat.
(sumber FB adminRF / gambar AAKJ)
MNH
10 individu dakwa pewaris Agong ditahan polis

Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
“Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).
Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. – Bernama
PENTING!! Empayar Langkasuka Nusantara


