Thursday 28 March 2019

[Video Akaun bapa dibeku, Jho Low 'bersuara'] Najib, bergumbiralah sebelum masuk penjara.

Jumaat, 29 Mac 2019
KiniTV
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau juga dikenali sebagai Jho Low mendakwa langkah kerajaan membekukan akaun bank bapanya adalah bukti bahawa dia sendiri tidak akan dibicarakan secara adil di Malaysia. Dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya yang dikeluarkan oleh pasukan peguamnya hari ini, Jho Low, yang dipercayai tinggal di China sekarang, secara konsisten menegaskan beliau tidak akan menerima "perbicaraan yang adil" di Malaysia. Dilaporkan semalam kerajaan telah memfailkan tindakan pelucutan hak sivil untuk membekukan tujuh akaun bank kepunyaan bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, yang dikatakan bernilai RM48 juta. Wang yang cuba dibekukan oleh kerajaan dan didapatkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 itu dipercayai dari 1MDB. Langkah kerajaan itu menurut jurucakap Jho Low, ia menunjukkan "strategi gigih gangguan dan penganiayaan politik terhadap pihak lawan" pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan apa jua cara yang diperlukan. Jho Low berkata demikian selepas selepas polis merampas "rumah mewah" keluarganya di Pulau Pinang awal minggu ini. Hartawan yang dikehendaki polis itu juga sebelum ini mengutuk notis penyitaan rumah tersebut, menggelarnya cubaan Mahathir untuk memperolehi keuntungan politik. Dilaporkan pada bulan Januari bahawa polis juga sedang mencari Hock Peng dan isterinya Goh Gaik Ewe. Pada bulan Ogos tahun lepas, Jho Low dan Hock Peng didakwa tanpa kehadiran di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung dengan penyalahgunaan wang 1MDB, yang mana Jho Low dikenakan lapan tuduhan pengubahan wang haram manakala bapanya menghadapi satu pertuduhan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Najib, bergembiralah sebelum masuk penjara

Semenjak 9 Mac 2018, hidup Najib Razak tidak lagi seindah seperti semasa sembilan tahun menjadi perdana menteri Malaysia.
BN pimpinannya buat kali pertama dalam sejarah kalah dalam pilihan raya umum.
Dunia memerhatikan segala skandal yang ditutupnya ketika berkuasa terbongkar. Rumahnya digeledah polis. Ratusan juta ringgit ditemui dan pelbagai barang kemas miliknya dan isteri dirampas polis.
Semua ini tidak pernah disangka Najib akan berlaku kepada dirinya. Maklumlah, Najib lahir daripada keluarga bangsawan.
Ayahnya, Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri kedua selain orang kuat Istana Pahang.
Selepas hilang kuasa, setiap hari media melaporkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib yang ditutup ketika beliau berkuasa.
Media arus perdana yang sebelum ini dikawal BN merasa bebas sebebas-bebasnya.
Semuanya sudah boleh dilaporkan berbanding ketika zaman Najib menjadi perdana menteri.
Ketika Najib menjadi perdana menteri, wartawan dimasukkan ke dalam lokap. Portal atas talian disekat dan ditutup. Permit akhbar digantung.
Hari ini di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Najib bernasib baik kerana media tidak lagi dikawal kerajaan.
Maka Najib masih lagi mendapat liputan. Disebabkan itu Najib memperkuatkan pasukan media sosialnya.
Tentera upahan
Sebaik sahaja selepas kalah PRU14, akaun bank Najib dibekukan. Maka Najib tidak dapat bergerak. Akaun banknya disiasat sama ada berkait dengan 1MDB atau tidak.
Akan tetapi pada Julai, kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi membekukannya selepas mendapati ia tidak berkaitan dengan 1MDB.
Sebaik sahaja akaunnya tidak dibekukan, maka Najib pun menyusun pasukan sibernya.
Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno ditugaskan untuk menggepalainya.
Jutaan ringgit dihabiskan untuk menguatkan pasukan sibernya yang terdiri daripada antaranya wartawan-wartawan yang bertugas dengan pelbagai agensi media.
Malahan ada wartawan daripada portal media yang kerjanya hanya menulis berita Najib dan mengikut segala aktiviti bekas perdana menteri itu.
Maka tidak hairanlah dalam satu hari, akaun Facebook Najib akan mempunyai empat lima posting menghentam kerajaan PH.
Semuanya akan mendapat liputan media kerana kerajaan hari ini tidak mempunyai dasar untuk mengawal media.
Ini semua menjadi hiburan baru kepada Najib. Pada masa sama, pasukan peguamnya terus menerus cuba untuk menangguhkan perbicaraan rasuah dihadapinya.
Disebabkan itu kerajaan pimpinan Dr Mahathir bakal menubuhkan mahkamah khas untuk menguruskan kes-kes berkaitan dengan rasuah.
Perdana menteri berkata penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah biasa.
“Ini cadangan baharu kerana kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu semata-mata kepada kes rasuah.
“Ia memerlukan undang-undang kerana ia akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah.
“Kerajaan dalam proses akhir penilaian cadangan ini dan akan diwujudkan secepat yang mungkin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) baru-baru ini.
Selagi bebas, bergembiralah Najib dengan pasukan media sosialnya. Lambat laun beliau akan ke penjara juga.

AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena