Saturday, 23 March 2019

[Video ADA AGENDA LAIN DI SEBALIK PENYATUAN UMMAH?] Telah berlaku krisis moral yg serius dlm UMNO sekarang! Mereka mencekik, menggelar orang dengan 'sial' dan 'babi' tanpa rasa bersalah? Polis sita rumah agam keluarga Jho Low di P Pinang.

Sabtu, 23 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk dan luaran

Kelab Che Det
Hehe selama ini bukan main jib sang raja troll konon nya duk troll sana sini... Tp sekali dia kena macam ni hura hara jadi nya ...haha hati macam kuman rupa nya...haha habis kena koyak muka badut... Hehe marah sungguh pro Jib mengomen...rasa cili ek?
Tiada penerangan foto disediakan.
Kelab Che Det
Ada krisis moral yang sangat serius pada UMNO sekarang.
Mereka tak pernah rasa bersalah kerana menjadi samseng. Mereka ada pelbagai dalil untuk membenarkan tindakan mencekik, menggelar orang dengan "sial" dan "babi".
Yang mereka nak salahkan, tetaplah pelajar tersebut.

Yang mereka tak rasa bersalah, tindakan menyerang dan mengasari pelajar tersebut dan juga mengasari wartawan yang tidak berdosa.

Itu semua tak apa dalam UMNO. Yang penting dalam UMNO ialah Melayu. Kalau Melayu tu jahat tak apa, UMNO tak kisah.

Selain Melayu, semua musuh UMNO.
Jadi, mari sama-sama kita definisikan semula UMNO. Agar semua orang tahu, parti ini ialah parti tidak punya rasa malu.
Kredit: @AbdullahHukum


Polis sita rumah keluarga Jho Low di P Pinang

Pihak berkuasa telah menyita rumah keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa menjadi dalang skandal 1MDB.
Notis penyitaan ditampal di hadapan tembok rumah itu di Pulau Pinang, kata laporan New Straits Times.
Laporan itu menggambarkan rumah tersebut sebagai "luxurious mansion" (rumah agam). 
Notis bertarikh 17 Januari itu ditujukan kepada Goh Gaik Ewe, ibu kepada Jho Low yang berusia 66 tahun.
Notis itu ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin, berkata hartanah tersebut merupakan perkara yang disebut dalam pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).
Seksyen ini berkaitan kesalahan aktiviti pengubahan wang haram dan membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai dana yang dicuci atau RM5 juta atau mana lebih tinggi.
Menurut laporan itu lagi, hartanah tersebut kelihatan seperti tidak berpenghuni untuk beberapa waktu.
Polis telah meminta Goh dan suaminya Low Hock Peng untuk membantu siasatan terhadap Jho Low.
Penyiasat antarabangsa percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah dilesapkan dari 1MDB.
Bekas perdana menteri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap 42 pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah berkaitan skandal 1MDB yang dikenakan mahkamah terhadapnya.
Polis mendakwa Najib telah menerima dana bernilai AS$ 972 juta yang dikaitkan dengan 1MDB. Bagaimanapun Najib menafikan sebarang salah laku.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena