Wednesday 27 March 2019

[Video MP BN 'menganjing' MP Kapar] Tun M bersama PH dlm 2 tahun BN sudah tumbang! Lagi nak kata kat Tun M macam2? Banyak kejayaan kerajaan tapi tak diceritakan & Pembangkang UmnoBN Pas hanya cakap, cakap, tuduh, tuduh, tak setuju keluar dewan. Mudah kan?

Rabu, 27 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Selama ini mereka mereka mencuba utk jatuhkan BN. Keputusannya mereka selalu gagal...tapi bila Tun M bersama mereka dlm 2 tahun BN sudah tumbang! Lagi nak kata kat Tun M macam2?
Kelab Che Det
Tiada penerangan foto disediakan.
Data dan fakta yg boleh kita nilai...Tapi yg paling utama tetap membasmikan rasuah.

Banyak kejayaan kerajaan tapi tak diceritakan


Bukan semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik.
Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai.
Itu pun silap kerajaan dan jenteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang.
Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan?
Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul.
Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai khas, setiausaha akhbar dan pegawai komunikasi korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya.
Jadi untuk tampalan kali ini izinkan saya bercerita panjang sikit mengenai apa yang saya tahu berkenaan apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH.
Kerajaan telah dan sedang lakukan banyak perkara, projek, program, dasar dan agenda.
Misalnya kerajaan telah dan sedang bertidak ke atas pihak-pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir-hampir memufliskan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tetapi kita kena faham. Kalau bekas perdana menteri, Najib Razak, masih lepas bebas itu bukan salah kerajaan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, di pentas, berdiri dan orang ramai
Tun M merasmikankan Lima'19 
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang ramai
Sesi Majlis High Tea bersama rakan-rakan media dianjurkan oleh Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu dan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook petang tadi.
Menteri Pengangkutan mengalu-alukan kunjungan para petugas media ke booth pameran MOT Pavilion di Dewan B MIEC yang turut disertai oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Universiti Malaysia Terengganu dan agensi serta jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan.
Beliau juga mempelawa rakan-rakan media untuk turut serta di Persidangan Antarabangsa “The International Conference on the Straits of Malacca” pada 26hb Mac 2019 dan “ASEAN Aviation Summit” pada 27 Mac 2019 anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena