Sunday 17 March 2019

[Video MEMBAWANG jam 3 pagi sampai ditangkap polis] Apa punya gile dewan Pemuda Pas Selangor ni, umat Islam kena tembak di NZ pun nak salahkan DAP! Kenyataan Razlan berunsur hasutan untuk buat jenayah..'elok ditembak puak-puak DAP' ni.

Ahad, 17 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Apa punya gile dewan Pemuda Pas Selangor ni.. sampaikan kes umat islam kena tembak dekat NZ pun nak salahkan DAP...!

Kepada adun2 yg bukan Melayu dan Islam..
Kepada adun2 Melayu dan Islam..
Kepada yg bukan Islam..
Kepada yg Islam..
Dalam berbicara dalam apa jua keadaan..
Peliharalah keamanan dan keharmonian di Malaysia..
Hormati dan menghormati di antara kalian walaupun berbeza Agama dan Bangsa..
Kamu Agama Kamu,Kami Agama Kami..
Jika tidak bijak dalam satu2 perkara lebih baik bertanya utk kepastian dari terus berkata tanpa usul periksa..
Setiap dari kita ada tahap kesabaran dn toleransi tetapi Jangan seolah mencabar dan terus mencabar..

Kenyataan Razlan berunsur hasutan untuk buat jenayah

Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menggesa bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii memohon secara terbuka dan menarik balik ciapannya yang berbunyi "elok ditembak puak-puak DAP" semalam.
Sheikh Omar berkata ciapan itu jelas mengandungi unsur kebencian dan "hasutan untuk melakukan tindakan jenayah".
"Apa yang dilakukan Razlan akan membawa mesej salah kepada rakyat. Jika dibiarkan, ia boleh membangkitkan sentimen kebencian malah boleh ditafsir sebagai arahan atau hasutan untuk melakukan tindakan jenayah.
"Kita sedia maklum dalam media sosial tanpa sempadan ini, sebarang ungkapan negatif dan berunsur ugutan atau hasutan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati menerusi sikap semberono oleh sesetengah golongan ekstrem. Pemimpin politik harus mengelak dan menjauhi sikap sedemikian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sheikh Omar yang juga adun Paloh memberi Razlan tempoh 24 jam untuk berbuat demikian dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan laporan polis dibuat.
Razlan membuat ciapan itu ketika mengulas bidasan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki terhadap Adun Mengkibol Chew Chong Sin mengenai serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu.
Chew berkata pembunuhan beramai-ramai di New Zealand yang mengorbankan 49 nyawa itu perlu menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia mengenai perlunya mengekang ekstremisme, memetik contoh kerjasama Umno-PAS dan naratif mereka.
Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu dan berkata ia telah membawa kepada salah faham.
Razlan bagaimanapun mempertahankan kenyataanya itu dan menyifatkannya sebagai sindiran dan ulasan terhadap Chew.
Sheikh Omar berkata DAP sendiri melalui setiausaha agungnya Lim Guan Eng telah memberi arahan keras kepada Chew ekoran kenyataan tersebut.
"Saya menggesa semua pihak, baik pemimpin parti saya sendiri dan mana-mana parti, NGO dan individu untuk mengelak daripada memberi kenyataan tidak sensitif terhadap apa jua perkara yang melibatkan kepentingan awam.
"Kita harus bersama-sama menolak politik kebencian dan ekstrem. Kita mahu suasana harmoni dikalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama kekal harmoni walaupun terdapat perbezaan fahaman politik," katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena