Wednesday, 20 March 2019

[Video Khalid: BN bekas k'jaan tak boleh ikut cara pembangkang dulu] PH terus mara ke depan & Pembangkang masih dengan 'Budaya Bangang Umno!' Mohd Haziq disahkan maut serangan di New Zealand - Exco.

Khamis, 21 Mac 2019
KiniTV
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad hari ini menyeru wakil rakyat pembangkang supaya tidak menggunakan pembangkang terdahulu sebagai contoh demi mewajarkan tindakan mereka di Dewan Rakyat. "Ini kerana mereka (pembangkang BN) berbeza berbanding kami, bila kami dulu menjadi pembangkang tidak mempunyai pengalaman sebagai kerajaan. "Memang banyak maklumat kami tidak dapat, sehingga ada dari pihak kami terpaksa provokasi, jolok dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat. Itu boleh boleh difahami. Tetapi, sekarang pembangkang ini terdiri daripada bekas perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri. "Jadi, jangan guna kami sebagai contoh pasal dulu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. Mengulas lanjut kekecohan oleh pembangkang di Dewan Rakyat semalam, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata pembangkang hari ini mempunyai pengalaman sebagai kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih membina. "Bagilah, cadangan-cadangan bagaimana untuk memperbaiki pentadbiran. Sebagai bekas kerajaan mereka sepatutnya ada maklumat. Maka, mereka sepatutnya datang dengan cadangan-cadangan bagaimana memperbaiki soal kebajikan, bajet dan sebagainya," katanya. Khalid Samad turut mendakwa kekecohan semalam sengaja dicetuskan untuk ditonton oleh orang-orang kampung untuk menunjukkan bahawa mereka berjuang demi Melayu dan Islam. "Dia (wakil rakyat BN) gunakan isu-isu emosi dan sebagainya ia memang satu tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan.
Tiada penerangan foto disediakan.
PH terus mara ke depan!
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
 'Budaya Bangang UMNO'

Mohd Haziq disahkan maut serangan di New Zealand - Exco

Rakyat Malaysia, mangsa serangan pengganas pelampau kanan yang dilaporkan hilang sebelum ini disahkan maut, maklum Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Berita Harian memetik kenyataan exco kerajaan negeri itu dalam hantaran di media sosial malam ini.
"Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut," ciap akhbar itu di Twitter.
Haziq merupakan anak kepada salah seorang mangsa yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah. 
Selain itu terdapat dua lagi mangsa yang sedang menerima rawatan iaitu Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan.
Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Hariz dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Noor di Christchurch itu.
Ketiga-tiga mangsa yang sedang dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru serta luka yang dialami.
Phee bersama Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz mewakili kerajaan negeri menemani ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan abangnya, Rosdi Ahmad, 42 sedang berada di New Zealand sejak 17 Mac lalu.
Malaysiakini. 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena