Tuesday, 26 March 2019

[Video Tun: Rakyat Perlu Ikat Perut] Mengapa Seminar Ideologi & Pemikiran BATAL! Adakah kerana ada Geng 40? Ketika rakyat marah pasal kos hidup, Tun M tak bagi ikan, dia bagi tali, tali boleh buat pancing atau ikat perut...

Selasa, 26 Mac 2019

Kesemua 1.7 juta penjawat awam khususnya yang menganggotai Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) digesa bekerjasama dengan kerajaan untuk memulihkan kewangan negara. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penjawat awam boleh membantu kerajaan dengan mengikat perut untuk mengurangkan perbelanjaan jabatan dan agensi masing-masing. “Saya harap kita boleh bersabar, Insya-Allah kalau kita boleh bekerjasama dalam keadaan aman dan tenteram, maka kita akan dapat pulihkan kewangan dan pembangunan negara kita.


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Ana Tahu
Bayangkan program yang dah cukup penyertaan dan hanya tinggal untuk dilangsungkan dibatalkan begitu sahaja. Hanya kerana pembentang adalah terdiri dari geng 40 yang ada dalam majlis audio Nik Abduh maka program ini dibatalkan? Itu satu parti, satu jemaah tu. Sampai macam tu sekali dendam kesumat dan ketakutan yang ada.

PENANGGUHAN SEMINAR IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN (SEDAR) 2019
1. Mesyuarat Khas Pengurusan, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), pada 25 Mac 2019 bersamaan 18 Rejab 1440, telah memutuskan untuk menangguhkan kepada satu tarikh lain Seminar Ideologi dan Pemikiran (SEDAR) 2019 disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
2. Pihak KUIZM dan panitia penganjur SEDAR memohon kemaafan kepada hampir 400 peserta yang telahpun mendaftarkan diri untuk hadir kerana terpaksa menangguhkan seminar ini, meskipun persiapan pihak panitia sudah hampir sempurna. Segala tuntutan pengembalian yuran boleh berhubung dengan pihak panitia.
3. Pihak KUIZM juga mengucapkan penghargaan terima kasih dan memohon maaf kepada pembentang-pembentang jemputan termasuk yang mewakili Institute for the Study of Islamic Thought and Civilizations (INSISTS) disebabkan penangguhan ini. Kami berharap kerjasama akademik akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dr Mohd Zuhdi Bin Marsuki
Rektor KUIZM
25 Mac 2019
18 Rejab 1440
Walau dikecam, difitnah, kerajaan KALAH bebetapa PRK tetapi semua itu tidak menghalangnya untuk bercakap benar walau pahit..

Ketika rakyat marah pasal kos hidup, MAHATHIR tak bagi ikan, dia bagi Tali, Tali boleh buat pancing atau ikat perut...

Pemimpin yang korup takkan berani buat keputusan yang tidak menghiburkan rakyat...

Pemimpin otak singkat..akan urus negara melalui sentiment perkauman..

Pemimpin yang mahu beli title iman akan jual kunci syurga.

Jangan amal politik gersang, burukan atok, merengek sekadar nak papa jadi PM.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena