Senarai kerusi Ahli Parlimen terkini Dewan Rakyat
TS.
Antara sebab PH kalah melawan isu di media sosial.
Semasa jadi pembangkang sebelum PRU14 pejuang Cyber PH menjadi sukarelawan pejuang tanpa gaji termasuk aku.
Sebahagian bila menang PRU14 mereka ini bukan mahu apa-apa tetapi mahu melihat satu perubahan di Malaysia, sebahagian mahu melihat perubahan juga tetapi mereka ini berkorban sanggup hidup susah bila memang tidak dipeduli malah ada sebelum PRU14 pemimpin PH jika berjumpa dari jauh panggil, tegur, peluk tetapi sekarang ada yang berselisih bahu buat macam tak kenal.
Mereka ini terus menghilangkan diri lebih baik tumpu pada kerja sara anak isteri,ini aku dengar orang yang mengalami sendiri.
Lagi satu PH telah menang tetapi tidak menggunakan media yang ada untuk menjawab, melawan isu, lembik sampai membiarkan pihak pembangkang menggunakan media menyerang PH.
TV3 perubahan yang aku nampak warna latarbelakang semasa berita utama sahaja yang bertukar biru muda dan merah, isi beritanya secara halus memihak pembangkang.
Hakikatnya menjadi pembangkang lebih mudah hanya mencari salah musuh serang tetapi menjadi pemerintah kena serang dan gagal memertahankan.
Antara punca kekalahan Prk Cameron Highland dan Semenyih kalah isu, Prk Rantau aku bukan nak kalah tetapi persepsi aku tetap kalah..ermmm. ..ermmmm.
0 comments:
Post a Comment