Sunday 29 April 2018

[Video SPR tanggal papan iklan kerana Rosmah & Azmin 'sekolahkan' SPR] "Kami memang sokong BN" tetapi "Kami akan sokong BN untuk jadi pembangkang"...Calon MCA pun tersenyum kelat!

Ahad, 29 April 2018
"

Calon MCA Cheras Heng Sinn Yee ketika berkempen di pasar Yulek tersenyum kelat ketika beramah dengan pengundi yang pada mulanya seperti memberi kata-kata semangat kepadanya.
Heng yang memakai jaket putih dengan baju biru BN tersenyum lebar sambil bersalaman meramahi pengunjung pasar.
Seorang wanita kemudian bersalaman dengan Heng, juga sambil tersenyum dan memberikan kata-kata semangat.
"Kami memang akan sokong BN," kata wanita itu seperti cuba meyakinkan.
Sambil masih menggenggam erat tangan Heng, wanita itu kemudian menyambung dalam bahasa kantonis, "kami akan sokong BN untuk jadi pembangkang. Tak ada satu undi pun yang BN akan dapat."
Beberapa individu yang lain turut mengangguk tanda setuju. Heng cuba terus tersenyum namun kelihatan agak kekok.
Kejadian itu dirakam dan dimuat naik di akaun seorang pengguna Facebook. 
Dalam kunjungan itu, Heng juga terserempak dengan lawannya, wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) Tan Kok Wai yang merupakan penyandang parlimen Cheras sejak 1995.
Tan menyapa Heng menggunakan mikrofon dan memesan agar Heng menjaga kesihatan.
"Saya harap anda jaga kesihatan, jangan kerja keras sangat dan makan makanan berkhasiat," katanya.
Pada PRU lalu, anggota parlimen DAP itu memenangi Cheras dengan majoriti besar. PRU kali ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan HARAPAN di kerusi itu.
Laluan MCA sejak dua pilihan raya umum (PRU) lalu kelihatan sukar apabila kesemua calon parti itu kalah di Kuala Lumpur selain beberapa pergelutan bersama rakan sekutunya dalam merebut kerusi pada PRU kali ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena