Tuesday, 24 April 2018

[Video Bus Expres ke Putrajaya & Impian Sarawak! BN janji bina jalan, hanya jalan kaki] Pimpinan Pakatan Harapan beri taklimat kepada calon PRU14 hari ini.

Selasa, 24 April 2018



Pimpinan Pakatan Harapan bersama calon -calon yang akan bertanding menentang kerajaan BN pada PRU14 akan datang dalam Majlis Taklimat kepada Calon PRU14 yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengadakan Majlis Taklimat Calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Umum ke14.
Majlis taklimat yang diadakan  dua sesi secara tertutup itu dipengerusikan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya yang  diketuai Pengarah Pilihan Raya PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiap parti anggota PH telah mengadakan taklimat parti masing-masing dan taklimat akan diteruskan di peringkat negeri bermula esok sehingga Jumaat ini.
Dalam majlis  tersebut turut  diadakan majlis ikrar calon-calon PH yang telah dibacakan oleh Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad,
Majlis ini diadakan di Dewan Sivik  Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata gabungan PH cukup bersiap siaga untuk  menghadapi PRU14.
“Daripada penubuhan sehingga pendaftaran  untuk menubuhkan PH  walaupun tidak berjaya tetapi parti gabungan sebulat suara bersetuju menggunakan satu simbol pada PRU14.
“Presiden PH (Datuk Seri Dr WanAzizah Wan Ismail)  sudah menandatangani surat watikah yang telah  disampaikan  kepada setiap setiausaha agung  parti dalam gabungan pakatan pada tengahari tadi..
“Di sepanjang waktu berhadapan kempen pilihan raya sehingga hari mengundi pada 9 Mei sehingga waktu pengumuman keputusan plihan raya, sekretariat PH  bertempat di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu  Malaysia.
“Pengarah bilik operasi pilihan raya Datuk Dr Marzuki Mohamad  boleh dirujuk oleh semua calon-calon  sekiranya menghadapi masalah,”
ujarnya.
Pengarah Mobilasi PH Mohamad Sabu berkata berkemungkinan dalam tempoh dua minggu lagi PH akan jadi kerajaan.
“Kami pembangkang begitu lama merasakan Putrajaya sedang mengamit-ngamit kami pada 10 Mei nanti. Kita daripada Pakatan Harapan telah selesai parti mana yang akan bertanding di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Kita juga sudah selesai  senarai calon yang telah diumumkan dari Pakatan Harapan.
“Sudah tentulah kita akan berusaha menyatukan mereka walaupun ada pihak yang terluka  sedangkan mereka yang layak bertanding begitu ramai. Bagi kerusi  Parlimen dan Dun hanya  memerlukan seorang sahaja maka yang dipilih itu bukan terbaik tetapi yang dipilih itu menerima tanggungjawabyang amat berat.
“Kita akan berusaha menyatukan ahli dan penyokong menjelang hari penamaan calon sebagai satu pasukan cukup kuat untuk hadapi jentera BN,”ujarnya.
Presiden AMANAH ini juga berkata beliau berasa bersyukur kerana telah wujud struktur parti dan persetujuan sebulat suara pemilihan bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan hati semua parti untuk bertanding mengunakan satu logo.
“Perpaduan kita ini menyakinkan rakyat Pakatan Harapan sedia untuk mengambil alih kerajaan pada 10 Mei ini.
“Sikap pengundi tidak menentu dalam pilihan raya ini. Sebab itu calon dan wakil calon dan petugas PH perlu dekati ahli Umno dan Pas kerana mereka kali ini belum tentu akan undi BN dan Pas.
“Jika penyokong Umno dan Pas belum tentu undi dacing atau bulan, mereka akan jadi nilai tambah kepada Pakatan Harapan pada 9
Mei nanti,” ujarnya yakin.
MD.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena