Sunday, 29 April 2018

[Video Kecoh...papan iklan ada muka Rosmah diturunkan] 12 ahli MCA dipecat serta-merta kerana sabotaj calon BN.

Ahad, 29 April 2018

INI TANDA
PAKATAN MENANG
KECUALI DI TIPU
DAN
DI SABOTAJ
POSTED BY TUKAR TIUB
12 ahli MCA dipecat serta-merta kerana sabotaj calon BN

Jawatankuasa Disiplin Parti MCA memecat 12 ahlinya termasuk tujuh yang bertanding sebagai calon pakatan pembangkang, selain calon bebas dalam PRU14 berkuat kuasa hari ini.


Pengerusi Lembaga Disiplin MCA, Tan Sri Chor Chee Heung berkata keputusan itu dibuat mengikut Artikel 124(1) Perlembagaan MCA selepas semua 12 ahli terbabit didapati bertindak bertentangan dengan ketetapan parti.

Katanya, selepas penamaan calon semalam, majlis presiden merujuk nama 12 ahli iaitu sembilan MCA Johor, dua di Perak dan satu lagi di Kedah terbabit kepada lembaga disiplin parti selepas didapati melanggar peraturan Perlembagaan MCA.
“Susulan itu, satu mesyuarat tergempar diadakan lembaga disiplin malam tadi, sebelum bukti dikemukakan dan memutuskan semua 12 ahli berkenaan melanggar Artikel 122 Perlembagaan MCA.

“Lembaga disiplin mencadangkan supaya semua 12 ahli terbabit dipecat serta-merta, yang kemudian dipersetujui majlis presiden parti,” katanya, kepada media, pada sidang media khas diadakan di Pejabat MCA Bahagian Alor Setar, di Jalan Pegawai, hari ini.

Menurutnya, empat daripada sembilan ahli MCA yang dipecat itu ialah Ting Chong Chai dan Lim Yak Hong yang bertanding sebagai calon bebas di Dun Puteri Wangsa, selain Tee Boon Tsong sebagai calon DAP Dun Senai dan Ng Yak Howe sebagi calon DAP Dun Bentayan.
“Baki lima lagi ialah Choon Kai Ling, Chew Mui Mui, Ng Lee Chu, Lam Tau Lai dan Thin Meau Guey yang masing-masing bertindak sebagai pencadang dan penyokong kepada calon berkenaan.

“Di Perak pula, pemecatan membabitkan Chin Kwai Leong dan Chin Kwai Heng yang masing-masing bertanding atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Dun Menglembu and Tronoh, manakala baki satu lagi Yeo Keng Chuan yang menjadi calon PKR di Dun Kulim, di Kedah,” katanya.

Chee Heung berkata, lembaga disiplin mendapati tujuh ahli yang bertanding sebagai calon pakatan pembangkang atau calon bebas itu kecewa apabila mereka tidak terpilih sebagai calon PRU14.

“Keputusan dibuat kepemimpinan parti termasuk dalam soal penetapan calon untuk PRU14 adalah muktamad dan jika ada cadangan atau rayuan, ia juga harus dibuat secara dalaman melalui saluran parti.

“Dalam pada itu, kita meminta semua ahli-ahli MCA supaya tidak membuat keputusan terburu-buru malah menghormati perlembagaan parti. Ini kerana perbuatan 12 ahli ini menjejaskan imej MCA, seolah-olah macam sabotaj calon BN di kawasan mereka bertanding,” katanya.

Justeru, katanya, sekiranya tindakan tidak diambil, MCA akan dilihat sebagai sebuah parti yang lemah.
SH.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena