Thursday 26 April 2018

[Video Tak dengar azan Subuh? Mungkin tak bangun, tak mandi wajib] 'Dimomokan DAP' larang azan jadi modal HARAPAN di Johor & TKM Pulau Pinang tanding di Batu Pahat.

Jumaat, 27 April 2018

Momokan DAP larang azan jadi modal HARAPAN di Johor


Cahaya  skrin LED gergasi memaparkan orang ramai berkumpul di kedai. Suara azan tiba-tiba berkumandang dan memecahkan keheningan.
Di skrin, video berkenaan menunjukkan seorang pemuda Melayu menyatakan kekeliruan apabila mendengar azan.
“Azan? Setahu saya Pulau Pinang larang azan,” kata pemuda itu, Suhaimi, dengan penuh kehairanan.
Walau bagaimanapun, pemandu teksi Suhaimi menjelaskan bahawa bercanggahan dengan dakwaan sesetengah pihak, kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP sebenarnya agak mesra-Islam.
Video berkenaan diterbitkan bagi menangkis momokan dan persepsi bahawa DAP adalah anti-Islam, label yang cuba dilekatkan oleh parti pemerintah BN.
Video itu juga diketengahkan sebagai sebahagian daripada ceramah mini yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulaiu Pinang, Datuk Rashid Hasnon malam semalam.

TKM Pulau Pinang tanding di Batu Pahat

Rashid dan kira-kira 150 hadirin bagaimanapun tidak menonton video itu di Pulau Pinang, tetapi berada lebih 600 kilometer jauh iaitu di Taman Damai, Batu Pahat, Johor.
Ia adalah sebahagian daripada kempen pemimpin PKR itu ditugaskan untuk mempertahankan Batu Pahat - kawasan parlimen campuran di mana sokongan orang Melayu terhadap pembangkang adalah rendah pada tahun 2013 - ketika pembangkang menawan kerusi berkenaan.
Dalam pertandingan itu, PKR menawan Batu Pahat dengan majoriti 1,732 undi sebahagian besarnya datang daripada sokongan masyarakat bukan Melayu.
Di peringkat negeri pula, pembangkang tewas di kerusi DUN Rengit dan Senggarangyang majoriti pengundinya adalah orang Melayu dengan 5,492 undi dan 2,083 undi.
Sebaliknya DAP memenangi satu lagi kerusi DUN di bawah Parlimen Batu Pahat iaitu Penggerang yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi Cina - dengan 10,051 undi.
Oleh itu, meraih sokongan pengundi Melayu adalah faktor penting untuk Rashid dan Pakatan Harapan, serta menangkis propaganda Umno terhadap DAP.
"Ini satu cabaran, tetapi mengenali saya secara dekat dan menjelaskan kepada mereka bahawa saya mampu survive di sana (Pulau Pinang) dengan ceritakan kisah harian di sana (serta) peruntukan (kerajaan negeri) untuk (pembangunan) agama Islam,” katanya kepada Malaysiakini dan FMT.
Rashid menghuraikan mesej itu dengan lebih lanjut semasa ceramah, kemudiannya.
"Setiap hari saya duduk sebelah (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng (sebagai timbalannya) ...
“Dipilih oleh rakyat (selama) 10 tahun sejak 2008.
“Saya berharap PRU14 kali ini Johor akan bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Selangor,” katanya kepada orang ramai.
Sementara itu, selaras dengan tema menceritakan pengalaman di Pulau Pinang kepada pengundi di Batu Pahat, HARAPAN pada ceramah malam tadi, tirut membawa bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sebagai penceramah.
Sim berkata, DAP dan orang Cina pada umumnya menerima kepimpinan Melayu di negara ini.
Beliau juga memetik lapan Surah Al-Maida dari Al-Quran, yang menyentuh mengenai menentang ketidakadilan terhadap kaum lain.
Sim juga membangkitkan isu azan yang dijadikan momokan oleh seteru mereka.
“Orang yang tak dengar azan Subuh ini sama ada tak bangun subuh atau tak mandi wajib,” katanya secara berseloroh.
Rancangan HARAPAN untuk memikat pengundi Melayu di Taman Damai, bagaimanapun, tidak menjadi kenyataan malam semalam.
Daripada kira-kira 150 hadiri, hanya kira-kira 30 peratus adalah orang Melayu, manakala majoriti terdiri daripada orang Cina.
Ini di sebalik hakikat bahawa ceramah itu diadakan di sebuah perkampungan Melayu di Batu Pahat.
Penduduk tempatan memberitahu Malaysiakini bahawa sebahagian daripada sebab mengapa jumlah orang Melayu kecil malam semalam, adalah kerana tidak banyak publisiti yang dilakukan.
“Saya lalu baru tahu ada ceramah di kalangan masyarakat,” kata Saffar Gaffar, 60, kepada Malaysiakini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena