Showing posts with label Tsunami Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Tsunami Rakyat. Show all posts

Tuesday, 24 April 2018

[Video TSUNAMI RAKYAT! Orang Melayu Sudah Berubah] SPR keluar syarat tambahan bahan kempen pulak dah!

Rabu, 25 April 2018

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Rakyat adalah wira sebenar dalam Membina Negara. Setiap satu undi anda diperlukan pertiwi ini.

SPR keluar syarat tambahan bahan kempen

Berikut adalah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari ini berhubung syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14):
Permit bahan kempen
(a) Pemasangan bahan-bahan kempen mestilah mempunyai permit untuk mempamerkan bahan-bahan kempen kepada orang ramai dalam bahagian pilihan raya yang ditandinginya. Permit bahan kempen tersebut akan dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan di bawah Seksyen 24B (4), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Penggunaan gambar pemimpin utama parti politik

(b) Dihadkan kepada gambar 2 (dua) orang pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

(c) Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan.

(d) Bahan kempen tersebut boleh digabungkan atau diletakkan secara berasingan bagi gambar kedua-dua pemimpin utama parti politik.
Gabungan gambar pemimpin utama parti politik di atas satu bahan kempen

(e) Gabungan gambar pemimpin utama parti politik di atas satu bahan kempen yang sama hanya dihadkan kepada Presiden (atau setaraf dengannya), Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya), Pengerusi Perhubungan Negeri Parti (atau setaraf dengannya), Menteri Besar/Ketua Menteri dan calon (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

(f) Jawatan selain daripada yang dinyatakan di perenggan (e) adalah tidak dibenarkan.

Penggunaan lambang/ simbol parti politik

(g) Calon-calon yang bertanding mewakili parti politik dan ingin mengguna pakai lambang/simbol parti politik diminta agar memastikan lambang/simbol parti politik itu berdaftar dengan SPR.
(h) Lambang/simbol parti politik bagi calon yang bertanding dan lambang/simbol parti komponen berdaftar sebagai gabungan/pakatan yang diwakili calon tersebut dibenarkan untuk dipamer secara bersama atau berasingan di bahagian pilihan raya di mana calon tersebut bertanding.

Syarat-syarat sedia ada seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 MASIH TERPAKAI kecuali berkaitan syarat-syarat tambahan yang dinyatakan.

(Kenyataan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 24 April 2018)

-Bernama
Malaysiakini.
Read More

[Video Transformasi Pulau Pinang Dalam 10 Tahun Je!] Zenith mahu saman pihak sebar 'berita palsu' projek terowong P Pinang.

Rabu, 25 April 2018
Hasil carian imej untuk Terowong bawah laut penang

Zenith mahu saman pihak sebar 'berita palsu' projek terowong P Pinang


Zenith Consortium (CZC), kontraktor utama dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang hari ini berkata akan menyaman pihak yang membuat spekulasi atau menyebarkan "berita palsu" berhubung syarikat atau projek itu.
Dalam kenyataan hari ini, lembaga pengarah syarikat itu berkata ia susulan projek dan syarikat itu dijadikan bahan politik oleh "pihak tidak bertanggungjawab" kebelakangan ini.
"Sebagai badan perniagaan bukan politik, CZC menghormati kritikan membina yang diberikan dengan niat baik berdasarkan fakta dan angka.
"Namun, dikesali kerana tuduhan bermotifkan politik dilemparkan tanpa henti kepada CZC oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Tuduhan seperti itu, yang prejudis dan tidak mempunyai bukti, menyebabkan keraguan terhadap projek ini. CZC mahu fakta dan kebenaran tentang projek ini ditegakkan.
"CZC mengulangi bahawa sebarang spekulasi, sindiran, atau serangan terhadap CZC atau projek ini oleh mana-mana pihak adalah fitnah. CZC akan memfailkan saman terhadap pihak seumpamanya yang menyebarkan berita palsu dan maklumat palsu berhubung CZC dan/atau projek ini melalui media, termasuklah media sosial dan medium lain," kata kenyataan itu.
Syarkat itu menekankan pihaknya diberikan projek berkenaan melalui tender terbuka dan menegaskan komitmen untuk meneruskan projek.
"CZC komited memastikan pelaksanaan penuh projek ini kepada klien kami," katanya.
Malaysiakini.

Read More

Wednesday, 13 December 2017

[Video PARTI Umno MELINDUNGI PENJENAYAH? TSUNAMI RAKYAT bakal tenggelamkan UmnoBN] DEMI ISLAM & PALESTIN, batalkan pembelian BOENG dan tarik balik bantuan kukuhkan ekonomi Amerika? Beranikah Najib melakukannya?

Rabu, 13 Disember 2017


Image result for Gambar Perjajnjian Najib trum kukuhkan ekonomi Amerika
Kenapa Najib sanggup melakukan sedemikian rupa?
Image result for Gambar Perjajnjian Najib trum kukuhkan ekonomi Amerika

DEMI ISLAM DAN PALESTIN, SEDIAKAH NAJIB BATALKAN PEMBELIAN BOEING SERTA TARIK BALIK BANTUAN KUKUHKAN EKONOMI AMERIKA?


Meskipun Najib Razak dalam ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung UMNO semalam menolak perisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, langkah itu sebenarnya langsung tidak memadai.

Juga tidak memadai ialah dengan sekadar menghantar nota bantahan ke Kedutaan Amerika oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang diberitahu oleh Khairy Jamaluddin direstui sepenuhnya oleh Najib.

Turut tidak memadai ialah pengumuman Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan turut menghantar wakil daripada kalangan anggotanya yang tidak terlibat dalam PAU 2017 untuk menyertai demostrasi anjuran Pas di Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, hari ini.
Semua tindakan UMNO dan kerajaan itu terlalu kecil dan minima berbanding pengumuman Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang tentunya mengguris hati umat Islam di seluruh dunia.

Apa yang Najib, UMNO dan kerajaan harus lakukan ialah menggerakkan suatu demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Amerika dan seterusnya membakar patung Trump sebagai tanda bantahan yang serius terhadap pengumuman berkaitan Baitulmaqdis itu.

Kalau patung orang lain boleh dibakar oleh UMNO dalam isu lain yang tidak menyentuh maruah agama Islam, apakah perbuatan Trump itu lebih kecil, remeh dan dianggap tidak penting?
Jika ianya benar-benar perkara besar, malah Najib sendiri yang sepatutnya membakar patung Trump, rakan baiknya itu.

Kemudian, Najib juga harus membatalkan segera pembelian pesawat Boeing yang diumumkannya di hadapan Trump sendiri ketika berkunjung ke Amerika, baru-baru ini.

Tiada gunanya lagi Malaysia meneruskan pembelian itu jika maruah Islam sendiri dicincang lumat oleh Trump melalui tindakannya yang angkuh, sombong dan tidak sensitif kepada maruah Islam itu.

Selainnya, Najib juga wajib menarik balik pengumuman bantuan untuk mengukuhkan ekonomi Amerika dengan menggunakan dana KWSP yang turut diumumkannya di hadapan Trump bersama pembelian pesawat Boeing itu.
Apa gunanya Najib membantu mengukuhkan ekonomi Amerika dengan nilai berbilion-bilion ringgit jika akhirnya dibalas dengan sikap kurang ajar oleh Trump yang menghina Islam?

Soalnya, beranikah Najib melakukannya?

Jika benar Malaysia bersama dengan perjuangan rakyat Palestine, itulah yang sebenarnya wajib Najib lakukan terhadap Trump dan Amerika Syarikat.

Tindakan lain tidak memberi makna apa-apa, malah menunjukkan Najib masih menganggap Trump itu kawan baiknya. (ShahbudinHusin 08/12/2017).


Read More

Friday, 3 February 2017

[Video] TSUNAMI RAKYAT! Sabah Tekad Menumbangkan Najib PRU14...Lelaki Sabah MENGAMUK Telaga Minyak disedut Putrajaya! Najib Amno/BN Penyamun Rakyat?

Sabtu, 4 Februari 2017



Pakatan Harapan Sabah bersatu untuk tumbangkan BN pada PRU14 – Hamzah Abdullah

KOTA KINABALU: Pemeteraian Deklarasi Pakatan Harapan Sabah pada Ahad lalu, merupakan simbolik kesatuan dan kesepaduan gabungan itu menghadapi BN pada PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi, tegas Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah.
Katanya kepada Amanahdaily, Pakatan Harapan Sabah telah mempersetujui pada dasarnya dalam pembahagian kerusi yang bakal ditandingi sama ada diperingkat Dun mahu pun Parlimen.
Kesepakatan untuk bersama dengan parti-parti lain juga, katanya, telah diperakui dan parti-parti lokal di Sabah juga telah sedia maklum berkaitan pendirian Pakatan Harapan Sabah ini.
Pada 8 Januari lalu, Pakatan Harapan Sabah telah dilancarkan secara rasminya di Dewan Hakka, Kota Kinabalu dan turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Amanah Daily.
Foto Suara Sabah.
Kenyataan M tehadap Najib
Foto Suara Sabah.

Foto Suara Sabah.
Sabah minta 20% hasil minyak Gas Sabah,

Bukan Saham 10% ..

Cara halus mengaburi menteri di Sabah.
Read More

Tuesday, 28 April 2015

GST - BN akan berdepan ‘Tsunami Rakyat’..."Bukan tsunami melayulah, apala kau ni!"

Selasa, 28 April 2015

Bukan Tsunami Melayu Tetapi Tsunami Rakyat


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dipetik sebagai berkata, Najib diramal berdepan tsunami Melayu susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan GST, menimbulkan kemarahan Melayu.

Oleh itu katanya bagi mengelak perkara tersebut, Najib perlu ‘merawat’ segera  pelaksanaan GST.

“Pentadbiran Najib perlu lakukan  ‘pengubahsuaian’ GST dengan segera. Kaedah penerangan perlu diubah!,” tegasnya.
Posted by Jeebond BLM.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena