Tuesday 28 April 2015

GST - BN akan berdepan ‘Tsunami Rakyat’..."Bukan tsunami melayulah, apala kau ni!"

Selasa, 28 April 2015

Bukan Tsunami Melayu Tetapi Tsunami Rakyat


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dipetik sebagai berkata, Najib diramal berdepan tsunami Melayu susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan GST, menimbulkan kemarahan Melayu.

Oleh itu katanya bagi mengelak perkara tersebut, Najib perlu ‘merawat’ segera  pelaksanaan GST.

“Pentadbiran Najib perlu lakukan  ‘pengubahsuaian’ GST dengan segera. Kaedah penerangan perlu diubah!,” tegasnya.
Posted by Jeebond BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena