Friday 17 April 2015

[Video] Okeh tok det dah mula 'menghasut'...cantekk! TURUN TURUN 1 JUTA 1 MEI

Jumaat, 17 April 2015

TURUN TURUN

1 JUTA 1 MEI



Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Polis Johor Polis Selangor Polis Pahang Polis Sarawak Polis Melaka Polis Negeri Sembilan Polisperak Balai Polis Wangsa maju Balai Polis Sentral Kuching Balai Polis Damansara Pj tolong cepat sikit tangkap tun madey.ini bukti kukuh tun cubaan menghasut ! Hehe


okeh tok det dah mula menghasut.. cantekk!!

'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin yang menindas boleh digulingkan melalui demonstrasi besar sekiranya ia tidak boleh dilakukan melalui undian.

Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya.

“Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.

"Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain. Dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran," kata Mahathir.

Kenyataannya itu sangat berbeza dengan pendiriannya sebelum ini berhubung demonstrasi jalanan, yang menurutnya boleh mencetus rantaian rampasan kuasa dan ketidakstabilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang siswa dan penjawat awam di Universiti Islam Antarabangsa hari ini.

Mahathir bagaimanapun dalam satu sidang media selepas itu menjelaskan, kenyataannya itu tidak bermaksud sebagai kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini menghadapi barisan pembangkang yang lebih berpengaruh selepas pilihan raya umum ke-13.

Najib, yang juga presiden Umno, dalam kapasiti peribadinya turut memfailkan saman ke atas Malaysiakini atas komen kritikal ke atasnya dari pembaca laman ini.

“Tidak, Najib juga dengar kritikan... Tapi jika pengikutnya sendiri tidak memberi memberitahunya bila ada perkara silap, mereka juga melakukan kesalahan.

“Pada masa saya, saya menghargai pembangkang. Anda perlukan pembangkang sebagai cermin diri, supaya boleh melihat wajah sendiri, sama ada buruk atau tidak," kata Mahathir.





Sulaiman  HAPUSKAN GST & POTA & BATALKAN HAD UMUR KWSP... 
Pastikan & jadikan pembangkang menang pilihanraya ROMPIN & PERMATANG PAUH yg akan datang sebagai menunjukkan PROTES RAKYAT kepada pemerintah... itu sahaja caranya... THE POWER OF RAKYAT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena