Thursday, 16 April 2015

Dituduh curi lembu, dipukul, dan mati...Isteri luah perasaan...Ya Allah, kesiannyer

Jumaat, 17 April 2015




Shahrizat bercakap benar ???
Sejak bila pandai bercakap benar...

Amanah duit2 rakyat RM250 JUTA tu siapa kebas & balun ???.. Nak percaya kata2 dari penyamun duit rakyat ???

Dituduh curi lembu, dipukul, dan mati...Isteri luah perasaan...
Sukan Star TV
Page Liked · 55 mins · Edited ·
Beberapa hari lepas, arwah ditangkap dan dipukul kerana dituduh mencuri lembu di Terengganu. Selepas koma selama 3 hari, 14 april 2015, arwah disahkan meninggal dunia. Kes ini amat2 memberi kesan kepada isteri dan dua anak dia yang masih kecil.

Komen dipetik dari ruangan komen
Wan Masrol Wan Manan : utk pngtahuan smua,,crita sbnarnya arwah ni xmcuri pn,,dia bg mkn lmbu2 yg dia jga,trmsuk ngn lembu yg d ktakn arwah ni curi...kes ni sbnarnya salah fham,,tpi d sbb kn kerakusan mnusia nk buat hukuman sdri ni lah padah nya..buat tuduhan tnpa usul priksa dlu..xpsal2 mninggal d pukul nya...skng ni dgr2 crite tuan lembu yg d ktakn hlng 2 dh d tngkp...pe2 pn jdikan lh iktibar buat kita smua,,jgn buat kptsan jgn tuduh melulu tnpa usul periksa....
Al-fatihah buat arwah amir...


Isteri Mangsa Pukul Sehingga Mati Kerana Dituduh Curi Lembu Tampil Luah Perasaan

Hilang tempat bergantung, itulah boleh dikatakan nasib yang menimpa isteri kepada seorang lelaki yang dipukul sehingga mati oleh penduduk kampung Pengkalan Maras, Terengganu hanya kerana dituduh mencuri lembu.

Kejadian ini telah mendapat perhatian dari ramai orang apabila menyifatkan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana belum pasti akan kejadian sebenar dan ramai menyoalkan kenapa lelaki itu dipukul sehingga mati kalaupun dia yang melakukannya.

Semalam tampil seorang rakan mangsa menceritakan kejadian sebenar dan menafikan arwah mangsa mencuri lembu tersebut.


Kejadian ini sudah semestinya memberi kesan yang amat mendalam kepada isteri mangsa apabila hilang suami yang disayangi. Isteri mangsa telah memuatnaik status dilaman Facebook miliknya meluahkan rasa dan menceritakan kenangan mereka bersama.

"Selamat hari lahir yang ke 29 buat suami tersayang (Amir) dan selamat kembali ke rahmatullah pada 14 April 8.30 malam. Semoga berada di kalangan orang yang beriman.

"Selama perkenalan kita 7 tahun, Ummi happy dan bahagia sangat dengan Abie. Terima kasih jaga Ummi dengan Fina selama ini walaupun perkahwinan kita baru dua tahun. Tuhan lagi sayangkan Abie. Ummi redha dengan ketentuanNya.

"Ummie bagi hadiah untuk Abie, anak nombor dua untuk Abie dan Afina. Insya Allah Ummi jaga Afina dan adik sebaik (mungkin) supaya jadi anak solehah dan soleh walau tanpa Abie di sisi.

"Ummi kena kuat untuk anak-anak kita. Terima kasih sebab ajarkan Ummi untuk kuat macam sekarang ni. Buat yang mengenali Amir, tolong maafkan dan halalkan segala-galanya. Al-fatihah," luah isteri mangsa yang amat terkilan dengan kejadian berkenaan.


Sungguh hiba rasa hati SK melihat wajah si kecil bersama arwah ayahnya, bagaimana hidup akan diteruskan tanpa bapa yang sudah pasti menjadi tempat bergantung.

Inilah padahnya apabila membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa yang akhirnya membuat satu nyawa tidak berdosa melayang apatah lagi mengetahui isteri mangsa sedang mengandung anak yang kedua.

Apapun SK doakan isteri Amir tabah dan kuat, kerana yang pasti apa yang terjadi adalah kehendakNya dan harap mereka yang terlibat akan dihukum dengan setimpal dengan apa dilakukan. - Siakapkeli.com.my

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena