Saturday 18 April 2015

"Singkir Najib Untuk Selamatkan Umno", kata Dr M

Sabtu, 18 April 2015

ATURDAY, 18 APRIL 2015

Mahathir Gesa Singkir Najib Untuk Selamatkan Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dengan penyingkiran perdana menteri pilihan raya umum akan datang boleh dimenangi.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Umno menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengulangi niatnya untuk menyelamatkan Umno daripada kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia merupakan 2 daripada "pilihan" yang diberikan bekas perdana menteri itu kepada Umno, susulan kritikan beliau kepada Najib selama ini.

"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini.

"Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang.

"Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada perselisihan faham di antara beliau dan Najib yang menjadi tumpuan ramai mutakhir ini akan memecah belahkan Umno. – tmi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena