Thursday 30 April 2015

KP Kastam Tangguhkan! "Lepas ni jangan lagi cakap apa-apa" Rakyat marah meluap-luap!...Awak, awak kat mane Najib?

Jumaat, 1 Mei 2015

Untung Berbillion Sapa Tak Mau!!!

Korang ingat syarikat telekomunikasi tu bapak korang punya ka nak suruh turun harga. Lagi mau naik ada lah. Dah la sms sekarang ko dah balun gan Whatsapp, Line, Wechat lagi mau turun ka rugi tau. Yang pakai pepaid ni pun banyak student, petani, peladang, nelayan. Bukan banyak pun diorang pakai prepaid. Rm5 sebulan ja tu pun korang nak berkira.

Syarikat komunikas
i ni pun bukannya leh wat untung kat kerajaan sebab semua dah swasta. Turun pun tak guna baik suruh naikkan jer lagi. Bagi kaya raya keparat-keparat yang memiliki saham dalam syarikat Telekomunikasi. Diorang kaya raya korang jugak yang merasa tempiasnya... Phuihhh...
#ApaMalaysiaAdaSekarangUntukNegara???
#TolElektrikAirTelekomunikasiMediaSemuaDahJadiMilikMelaun
#CaraNakSelamatkanNegaraTerpaksaTarikRezekiKorangSikitSorang

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar pun kutuk KP Kastam..

Tunggang terbalik la UMNO/BN.. Inilah akibatnya tak berkat jika SELALU MENIPU RAKYAT..

KOH!!! KOH!!! KOH!!!


Di mana ketegasan menteri & KERAjaan UMNO/BN !!!

Kehendak syarikat telco KAMU TURUTI, kehendak rakyat KAMU KHIANATI..

MENGAPA menteri2 UMNO dah 'dayus' & mudah kena main dgn syarikat2 telco ???

Wahai menteri DAM, kamu dibayar gaji oleh taxpayer rakyat KAMU BUAT APA !!! Mkn gaji buta ka !!!



Jgnkan Tun Mahathir tak maafkan, KAMI pun tak kan maafkan apa yg Najib Razak & KERAjaan UMNO/BN buat hutang negara bertambah saban tahun...

yg akhirnya KAMI PULA YANG KENA TANGGUNG BAYAR HUTANG MEREKA DENGAN BAYAR GST !!!



Rakyat Marah Meluap-luap Apabila Kastam Tangguhkan Harga Asal Kad Prabayar




Arahan kad prabayar pada harga asal ditangguh, kata Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi.

"Maka, arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei, adalah ditangguhkan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Khazali dalam satu sidang media mengumumkan bahawa mulai 1 Mei ini, harga kad prabayar telefon perlu kembali kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April, yang mana jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

Menurutnya, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.

Semalam, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman Khazali itu, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%.

Menurut Halim, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem. – Bernama

ULASAN GB

Manalah tak rakyat terutama golongan muda yang rata-rata para pelajar IPT yang banyak menggunakan telefon pra-bayar memaki hamun Jabatan Kastam dan kerajaan. Kepada rakyat apabila hendak dikenakan GST tiada tangguh-tangguh, tetapi kepada syarikat telekomunikasi siap bagi alasan mustahil untuk kembali kepada harga asal kerana kerumitan konfigurasi sistem. Masa nak kena GST tak timbul pula kerumitan konfigurasi sistem. Bukankah jawapan itu cuba memperbodohkan rakyat?


Surat di atas nampaknya sudah tidak berguna lagi. Dan ternyata Jabatan Kastam cuba untuk bermain wayang dengan rakyat.

Jabatan Kastam juga nampaknya lebih berpihak kepada syarikat perniagaan tetapi tidak kepada rakyat.

Bukankah gaji pegawai-pegawai Kastam itu datang dari wang rakyat? JIka hendak jaga keuntungan syarikat telko, lebih baik Jabatan Kastam nanti hanya meminta gajinya dari syarikat-syarikat telko berkenaan.

Ia juga boleh menimbulkan persepsi buruk bahawa Jabatan Kastam telah dirasuah oleh syarikat telko berkenaan. Bukankah selama ini Jabatan Kastam amat terkenal dengan skandal rasuah dimana ramai pegawai-pegawai dan pengarah-pengarahnya yang telah ditahan oleh SPRM kerana rasuah?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena