Monday, 27 April 2015

Tahniah! Yusni Mat Piah The Legend...

Isnin, 27 April 2015

RM25..whatsapp 0195531260/0194131950

Tahniah... ! Yusni Mat Piah The Legend

Ketegasan dan keberanian Yusni Mat Piah merehatkan jentera pemudanya adalah bersebab, walaupun arahan Pas Pusat pada 13 April lalu mahukan semua jentera pilihanraya parti itu digerakkan di Permatang Pauh.

Yusni yg mengetuai pemuda Pulau Pinang menggunakan segala kuasa yg ada utk menolak arahan tersebut kerana percaya dan yakin bahawa dia tidak keseorangan dalam kemelut ini.
Bukan sekadar menolak arahan itu, Yusni juga dalam reaksi sebelumnya turut mempertikaikan kewibawaan organisasi Pas Pulau Pinang yang diterajui Haji Mohamad Sabu dan Dr Mujahid.

Tindakan Yusni itu pada dasarnya direstui presiden Pas, TG Haji Hadi Awang yg mengakui akur dgn suara akar umbi apabila mereka berhasrat memboikot gerak kerja pilihanraya kecil itu.

Di situlah sebenarnya penyebab dan punca ketegasan ketua pemuda Pulau Pinang sehingga berani mencipta isu sebesar ini.

Tanpa restu dan tutur kata semangat ketua segala ketua tak mungkin Yusni berani menongkah arus yg sebegini deras.

Ketaatan dan kewala'kan anak Memali ini kpd presiden telah teruji sebelum ini bila mana beliau dgn seikhlas hati menerima watikah pencalonan di Dun Sg Acheh semata utk memenangkan calon BN.

Tahniah Yusni Mat Piah..
Penyokong Tegar
Kubang Semang


Posted by Kedah Lanie 

Ahmad Awang: Tak perlu parti Islam baru

 
Tokoh ulama PAS, Ahmad Awang menolak penubuhan parti baru yang mungkin akan ditubuhkan oleh NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai rancangan PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti Islam Jun ini.

"Bagi saya, saya tak nak ada parti Islam yang baru sebab yang dah ada sekarang ini pun bukan mudah, untuk jadi (PAS) macam sekarang," kata bekas naib presiden parti Islam itu.

Membandingkan dengan Indonesia, Ahmad berkata walaupun negara itu lebih besar politiknya kini menjurus ke arah pengurangan parti.

Ahmad berkata demikian selepas diskusi "Mempersada PAS di pentas perjuangan" di Kuala Lumpur malam tadi.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam konvensyen NGO itu semalam berkata pendirianmereka sama ada membentuk parti politik atau tidak akan dibuat selepas berakhirnya muktamar PAS Jun depan.

Ahmad bagaimanapun berkata PasMa seharusnya mengekalkan tanggungjawabnya sebagai NGO seperti sekarang ini untuk membantu Pakatan Rakyat.

Beliau turut memuji usaha PasMa mengerahkan 1,000 sukarelawan di Permatang Pauh untuk membantu kempen pilihan raya kecil (PRK) sebagai sesuatu yang bagus.

"Jadi kalau dia parti politik yang baru, dia dilihat sebagai serpihan. Serpihan yang tumbuh bermula dari tidak puas hati dengan parti pimpinan yang ada berapa lama dia nak kuat.

"Kalau dia buat parti pun, dasarnya mesti macam PAS sahaja, jadi elok jadi NGO," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena