Saturday 18 April 2015

Lima Adun PKR lompat parti untuk Khalid ambil alih Selangor hanya cerita dongeng?

Sabtu, 18 April 2015

Lima Adun PKR lompat parti untuk Khalid ambil alih Selangor hanya cerita dongeng

Azmin Ali


Azmin Ali Azmin berucap pada majlis pecah tanah & pelancaran rumah di Klang. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN


KLANG: Khabar angin mengatakan lima Adun PKR akan melompat parti dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dianggap hanya cerita dongeng semata-mata. Menurut Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, beliau tidak dapat mengiyakan khabar angin tersebut sambil mendakwa ia sebagai propaganda Umno dan BN.

‎"Itu cerita dogeng zaman purba, takkan saya nak mengiyakan cerita itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah dan pelancaran Rumah Selangorku 'Karya Residensi' di Kampung Jawa, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin mengatakan Adun Pelabuhan Klang itu bakal kembali menerajui Selangor bagi mengganti Azmin susulan lima Adun Selangor dari PKR akan melompat parti.

Perkara itu timbul selepas ada dakwaan mengatakan berlaku satu perjumpaan sulit antara Abdul Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di Jakarta. Tindakan lima Adun PKR akan mendapat sokongan Pas dan Umno bagi membolehkan Abdul Khalid mendapat majoriti mudah untuk diangkat menjadi menteri besar semula. -sinarharian-


KERENGGA

5 Adun Akan Lompat Untuk Bolehkan Khalid Ibrahim Jadi MB Semula


Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.

“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

COPY PASTE DARI SINI
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena