Bas Langgar Najib?
Billboard najib dilanggar bas
Kerabu Bersuara
TERKINI : SKANDAL 1MDB USUL TIDAK PERCAYA PADA DS NAJIB DALAM SIDANG PARLIMEN
KENYATAAN MEDIA: SKANDAL 1MDB: USUL TIDAK PERCAYA PADA DS NAJIB DALAM SIDANG PARLIMEN
1. 1MDB bukan hanya isu Tun Dr Mahathir.
1MDB adalah isu terbesar negara pada waktu ini.
2. Sekalipun Tun M acap kali menyebut jumlah hutang 1MDB adalah RM 42 Billion, namun berdasarkan penyata kewangan 1MDB pada 2014, jumlah tanggungan 1MDB telah mencecah RM 48.96 B termasuk hutang RM 45.38 B dan cukai tertunggak RM 2.3 B.
Bermakna, hutang 1MDB telah berkembang lebih besar dari apa yang disebut oleh Tun M sebenarnya.
3. Dalam usianya baru berumur 4 tahun, 1MDB telah mencipta tanggungan negara yang begitu besar.
Bagaimana jika DS Najib dibiarkan menguruskan negara untuk 4 tahun akan datang tanpa sebarang sekatan yang berkesan ??
Hutang 1MDB akan menjadi RM 100 B dan separuh darinya lesap entah ke mana?
5. Usia Tun M pada kebiasaan manusia biasa tidaklah terlalu lama berbaki. Beliau tidak akan sempat menanggung malapetaka dari hutang menggunung itu.
Generasi baharu Malaysia sebenarnya yang perlu lebih peka dengan gaung hutang yang begitu besar dalam masa begitu singkat dengan lompang besar ke mana ia telah dihilangkan tidak terjawab.
1MDB lebih melibatkan kita semua dan anak cucu kita lebih dari melibatkan Tun M.
Kita juga harus bertanya sebagaimana pertanyaan Tun M.
Ke mana lesapnya wang itu?
Untuk negara? Untuk individu? Untuk dana politik ?
6. Berdasarkan laporan terbaharu Sarawak Report yang belum dinafikan, antara lain sejumlah berbilion ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun berkait 1MDB di BSI di Singapura antara tahun 2011 - 2013.
PRU lalu adalah pada tahun 2013. Adakah wang yang dipinjam 1MDB digunakan untuk dana PRU Barisan Nasional?
7. Lebih banyak keraguan dan pertanyaan wujud bila tidak adanya ketelusan dan jawab balas yang bertanggungjawab.
Diam atau "silent" membawa dua makna. Satu, dakwaan-dakwaan dan fakta adalah benar dan tidak boleh disanggah. Caranya ialah berdiam diri.
Jika bapa UMNO sepenting Tun M hampir setiap hari melontarkan pertanyaan yang disokong dengan fakta dan data tidak dilayan oleh PM, apatah lagi pertanyaan atau kritikan orang biasa.
Ini memberikan gambaran kepada sistem pengurusan negara kita. Jika negara tidak mempunyai orang seperti Tun M, maka skandal sebesar 1MDB akan selamat disembunyikan??
Hanya dengan cara berdiam diri atau menyiasat orang yang menyuarakan. Kedua-duanya sama buruk.
8. Jika apa yang dibangkitkan oleh para pengkritik adalah tidak benar, apa salahnya PM bersikap telus dengan 1MDB?
Adakan hari terbuka untuk rekod-rekod 1MDB diperiksa oleh Tun M, wakil tiap-tiap parti politik, profesional dan rakyat dalam negara ini dan media. Segala keraguan boleh diperiksa.
Ketelusan akan menjawab segala keraguan.
Sebaliknya, sikap berahsia dan gagal bertindak balas secara profesional seakan membenarkan semua dakwaan.
Jika apa-apa yang didakwa oleh Tun M bahawa RM 27 B lesap (bukan kerugian dan pada perkiraan saya jumlahnya akan menjadi lebih besar jika akaun anak-anak syarikat atau bekas anak syarikat 1MDB diambil kira) dan negara kerugian RM 25 B atas kerugian harga hartanah yang dianugerahkan kepada 1MDB dibawah nilai sebenar pasaran adalah benar, satu malapetakan besar telah melanda negara kita dan Islam tidak mengizinkan ia didiamkan sahaja.
9. Pada waktu DS Najib sebagai pemimpin utama UMNO dan kerajaan diserang bertubi-tubi , anehnya pemimpin lain dan anak buah UMNO hanya bersuara sumbang sekali sekala, kemudian membisu.
TPM kelihatan hanya menunggu DS Najib gugur. Pemuda UMNO hanya pandai melambung badan DS Najib, kemudian diam. Naib-naib Presiden UMNO tidak mengeluarkan pendirian yang bulat atau membantu membuat penjelasan.
Bolehkan DS Najib survive dalam suasana sebegini??
Atau beliau membilang hari?
Jika DS Najib tidak lagi boleh diselamatkan, adalah lebih baik bagi Negara kita segera keluar dari episod ketidaktentuan ini dengan segera.
Lebih cepat episod ini berakhir, adalah lebih baik buat Negara.
10. Apa yang ahli Parlimen PR boleh membantu?
Adakan usul tidak percaya pada DS Najib dalam sidang Parlimen bermula akhir Mei boleh membantu.
Dengan kerjasama pihak-pihak Umno dan BN juga.
Sekalipun usaha Tun M menukar PM bertujuan memperkukuhkan UMNO, tujuan kita pula ialah untuk menyelamatkan Negara dari malapetaka ini dengan menghilangkan punca mala petaka itu.
Husam Musa
Naib Presiden PAS
27/04/2015
Kedahkini.
0 comments:
Post a Comment