Sunday 26 April 2015

[Video] Wan Azizah cycles for #BantahGST...PAS Pmtg Pauh 'setuju untuk tak setuju' dengan PKR

Ahad, 26 April 2015

PAS Pmtg Pauh 'setuju untuk tak setuju' dengan PKR

PAS Permatang Pauh membuat keputusan untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dengan pendirian yang diambil oleh PKR berhubung isu hudud selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR dan PAS Isnin lalu.

Yang Dipertuanya Omar Hassan (bawah) berkata pihaknya mendengar penjelasan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Azmin Ali mengenai isu yang berbangkit termasuk hudud dalam pertemuan itu.

"Bersetuju untuk tak bersetuju bahawa pimpinan PKR sebagai orang Islam, tidak boleh menolak hudud," katanya kepada pemberita di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa, Permatang Pauh malam tadi.

"Selepas mendengar semua penjelasan dari Azmin (Ali) dan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tentang isu yang berkobar pada masa kini dengan begitu teliti dan harmoni, maka kami pun setuju. Kami setuju untuk tidak setuju.

"Tak nak ulas (lanjut). Semua dah selesai," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.

Sebelum ini Osman memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan parti itu tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan ra kecil itu.

Sementara itu, Mohamad berkata, isu sama ada PKR akan memohon maaf berhubung keputusan mereka yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen tidak timbul.

"Sudah selesai. Perbezaan pandangan ini hingga kiamat akan ada. Kita manusia, cari penyelesaian dan bersemuka dan selesai.

"Benda dah selesai. Mereka dah beri penjelasan. Tak ada timbul soal minta maaf," kata Mohamad.

Beliau yang mesra dipanggil Abang Mat turut melancarkan jentera PAS bagi membantu PRK Permatang Pauh demi memastikan kerusi parlimen itu kekal milik PKR.

"Kita lancar jentera PAS dan bergabung tenaga dengan PKR supaya mengekalkan kemenangan dan majoriti pada 7 Mei nanti," katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena