Sunday 19 April 2015

[Video] DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang...Pas bukan kuda tunggangan?

Ahad, 19 April 2015




DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang

PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.  

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, parti itu akan lebih kuat jika bergerak sendirian, tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya.

“Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

“Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli Pas di Pulau Pinang merasakan seolah-olah mereka seperti diperalatkan oleh DAP. Begitu juga di Selangor apabila berasa menjadi alat kepada PKR.

“Tetapi kita belum menang keseluruhan dan tawan Putrajaya. Hanya baru secara rasmi kita menjalinkan kerjasama politik,” katanya.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena