Showing posts with label kuda tunggangan. Show all posts
Showing posts with label kuda tunggangan. Show all posts

Friday, 4 March 2016

[Video] Rafizi: Wan Azizah tidak hadir Deklarasi Rakyat, elak dijadikan kuda tunggangan.

Jumaat, 4 Mac 2016


"Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional..." - Deklarasi Rakyat No.37

#SelamatkanMalaysia yg tercinta.

JOM HANCUR..KAN UMNO.. !!!

Page Liked · 1 hr 

Jom hancur kan Umno...!!!


Rafizi: Wan Azizah tidak hadir, elak dijadikan kuda tunggangan

 | March 4, 2016
Rafizi Ramli berkata Wan Azizah juga tidak terlibat supaya beliau boleh kekal memegang kawalan mutlak dalam Majlis Presiden kelak.
VIDEO INSIDE
rafizi-azizah
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail tidak mengambil bahagian dalam kempen ‘anti-Najib’ kerana mahu memastikan pemimpin pembangkang tidak dijadikan ‘kuda tunggangan’.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Wan Azizah juga tidak terlibat supaya beliau boleh kekal memegang kawalan mutlak dalam Majlis Presiden kelak.
“Ini adalah cara yang baik untuk memastikan semak dan imbang (check and balance).
“Ia juga bagi memastikan tiada perkara yang berlaku di luar kawalan dan sebagai ingatan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan tidak boleh digunakan sebagai ‘kuda tunggangan’,” katanya kepada pemberita selepas sidang media ‘anti-Najib’ hari ini.
Rafizi menyatakan ia juga antara sebab Wan Azizah tidak hadir ke majlis menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’, yang dipimpini bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed.
Rafizi juga percaya matlamat deklarasi itu masih boleh dicapai walaupun tanpa dihadiri Anwar Ibrahim.
FMT.
Read More

Sunday, 19 April 2015

[Video] DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang...Pas bukan kuda tunggangan?

Ahad, 19 April 2015




DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang

PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.  

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, parti itu akan lebih kuat jika bergerak sendirian, tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya.

“Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

“Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli Pas di Pulau Pinang merasakan seolah-olah mereka seperti diperalatkan oleh DAP. Begitu juga di Selangor apabila berasa menjadi alat kepada PKR.

“Tetapi kita belum menang keseluruhan dan tawan Putrajaya. Hanya baru secara rasmi kita menjalinkan kerjasama politik,” katanya.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena