Friday 17 April 2015

[Video] Menitik air mata ku...MP naik gaji 150% & RAKYAT pulak dikenakan GST

Jumaat, 17 April 2015



Subhanallah.... Menitik air mata Admin mendengar pengakuan ikhlas Shahidan Kassim... Bagus punya menteri !!!

MP perlu naik gaji kerana sering IKAT PERUT
Penjawat awam gred rendah IKAT LEHER bagaimana ???

Agak2 kalau korang TAK SENGAJA jumpa menteri yg suka jilat ni apa korang nak buat... CIUM TANGAN ka atau....
1 hr · 
 

Sentiasa dalam ingatan rakyat malaysia....!!!!


CEO MUDA AS POTONG GAJI 90% UNTUK NAIKKAN GAJI PARA PEKERJANYA .. DIMALAYSIA AHLI PARLIMEN NAIK GAJI 150% DAN RAKYAT DIKENAKAN GST.
Seorang lelaki berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), menjadi topik perbualan ramai apabila dia mengumumkan akan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya dengan cara memotong gajinya sendiri. Lelaki tersebut, Dan Price, yang merupakan CEO syarikat Gravity Payments yang beribu pejabat di Seattle, Amerika Syarikat, mengumumkan polisi gaji minimum di syarikatnya iaitu $70,000 (RM257,533.13).

Ia merupakan pelan jangka panjang untuk mengelakkan syarikat tersebut menanggung hutang yang banyak, dan Price, 30, akan melaksanakan rancangan itu dengan cara memotong gajinya sendiri sebanyak 90 peratus. Kata Price, gaji yang diterimanya sekarang adalah mengikut kadar pasaran dan ia terlalu tinggi jika dinilai mengikut keadaan semasa.

Biarpun sudah biasa hidup mewah sebelum ini, namun pergaulannya dengan rakan-rakan yang berpendapatan rendah dan sederhana membuka mata Price betapa dia sangat perlu bertimbang rasa dengan para pekerjanya. Dia juga nampaknya tidak kisah untuk menukar cara hidup mewah kepada cara hidup yang lebih sederhana. 

"Saya masih bujang, dan saya cuma punya seekor anjing. Lagipun, kadangkala, lebih banyak duit yang anda miliki, lebih sukar hidup anda," kata Price. Price mengasaskan Gravity, sebuah syarikat pemprosesan pembayaran kad kredit, ketika berusia 19 tahun.
Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000). Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen. "Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya. 

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).    Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit. Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. Pada 27 Nov tahun lepas, Dewan menangguhkan rang undang-undang itu setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.

http://omakkau.blogspot.com/…/ceo-muda-as-potong-gaji-90-un…

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena