Wednesday 22 April 2015

[Video] ‘Sami Tao Sembahyangkan Najib’

Rabu, 22April 2015
Published on Apr 22, 2015
Seorang ahli MCA Bukit Gelugor yang bernama Koay Ping membuat laporan polis berhubung gambar yang kononnya memaparkan sami Tao mengadakan upacara sembahyang mayat untuk Perddana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MCA adu kes gambar PM dalam upacara Taoisme

Satu laporan polis dibuat terhadap pengedaran gambar ubah suai memaparkan tempat sembahyang orang mati dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar menunjukkan sekumpulan sami Taoisme sedang bersembahyang itu sebelum ini tersebar dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Aduan polis itu dibuat oleh anggota MCA Bukit Gelugor Koay Ping di ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Pinang malam semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Koay menyifatkan imej tersebut sebagai satu serangan tidak wajar kepada Najib.

"(Kalau pun) jika kamu tidak hormat atau tidak suka kepada beliau, janganlah buat begini, beliau perdana menteri kita. Kita hidup di Malaysia... (imej) itu untuk individu yang mati," katanya.

"Jika saya tak buat laporan polis, imej itu akan terus dikongsi," katanya lagi.

Koay kata polis memberi jaminan kepadanya akan menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini Najib sudah berdepan serangan hampir sama apabila gambarnya diubah suai menjadi sami Hindu yang disalib.

Banyak laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dibuat oleh NGO Melayu berhubung perkara itu tetapi setakat ini tiada laporan berkaitan tindakan diambil.

[Baca berita asal]
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena