Saturday 18 April 2015

Beza diantara WALA' kepada ALLAH & MANUSIA

Ahad, 19 April 2015

Beza diantara WALA' kepada ALLAH & MANUSIA..!!


Kecuali wala' kepada Allah dan rasul, wala' kepada manusia bukan taat tanpa syarat, bukan cinta membuta-tuli dan bukan tagihan tanpa tukaran.

Wala' kepada manusia punya syarat, imbalan, harga dan tukarannya. Wala' kepada manusia tidak mutlak seperti wala' kepada Allah dan Rasul-Nya.

Syarat, tukaran, imbalan dan harga wala' adalah keboleh percayaan dan kejujuran. Tidak ada wala' tanpa kedua-duanya.
Hakikatnya, wala' tidak perlu ditagih dan diminta, apatah lagi untuk dipaksa-paksa. Ia akan hadir bersama kebolehpercayaan dan kejujuran tadi.

Tagihan, mintaan dan paksaan wala' tidak mencetuskan kekuatan tapi melunturkan kewibawaan.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


PAS perlukan PRESIDEN yang BARU sebelum menghadapi PRU ke-14 nanti..!!!

Dari Blog : Sysss..!!
 

PAS PERLUKAN PRESIDEN YANG BAHARU UNTUK MEMACU KEMENANGAN DALAM PRU KE-14 BERSAMA PAKATAN RAKYAT!!!

PAS perlukan PRESIDEN yang BAHARU dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14!!!! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia dan menguasai Putrajaya !!!!

PAS memerlukan seorang Presiden yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti Almarhum Ustaz Dato’ Hj Fadzil Noor yang sangat kasih pada ahli-ahli PAS, sentiasa meraikan perbedaan pendapat ahli-ahli PAS melalui musyawarah tanpa perlu mem”barua”kan ahli PAS sendiri atau menghalau ahli yang berbeda pendapat keluar dari PAS, mempunyai sikap berlapang dada dalam menerima kritikan dan teguran samada dari ahli PAS mahupun rakan-rakan, mendengar pandangan dan nasihat AJK Kerja PAS Pusat dalam membuat sesuatu keputusan, berusaha dengan gigih untuk mengukuhkan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) atas titik persamaan yang diperjuangkan bersama untuk menegakkan keadilan dan kebenaran seterusnya istiqomah dalam perjuangan menentang rejim umno/bn yang korup dan rasuah !!!

Penyatuan dalam Islam bukanlah atas nama bangsa tetapi penyatuan dalam Islam adalah atas dasar menegakkan keadilan dan kebenaran dengan menentang segala kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kemungkaran, kejahatan, kebejatan dan salahguna kuasa oleh pemerintah umno/bn yang korup dan rasuah!!!

Marilah kita bersatu hati dalam Pakatan Rakyat bersama-sama rakan kita PKR dan DAP untuk terus memberikan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan secara total dalam PRU ke-14 nanti yang mahu Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan!!!

Dalam jemaah Islam, sebagai pemimpin kita perlu bersedia dan berlapang dada untuk digantikan dengan pemimpin lain sebagai ketua jika keadaan memerlukan kita berbuat demikian untuk mencapai kemenangan Islam!!!!

Sebagai ketua pemimpin dalam jemaah, Presiden PAS yang baharu perlu mengutamakan agenda menyatukan ahli parti termasuk penyokong-penyokong PAS seterusnya mengukuhkan semula Pakatan Rakyat kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-14 nanti !!!

Insyallah, sesiapa sahaja pemimpin PAS yang mempunyai fikrah Islam yang jelas dan diterima oleh semua ahli PAS tidak kira samada golongan ulama atau profesional boleh dilantik menjadi Presiden PAS kerana PAS adalah sebuah parti gerakan Islam yang dipandu oleh Majlis Syura Ulama (MSU) di mana kuasa Presiden PAS adalah bukan kuasa yang mutlak dalam membuat keputusan dan Presiden PAS juga akan mendapat nasihat melalui Jawatankuasa PAS Pusat yang mewakili seluruh ahli PAS !!!

Sekiranya PAS dipimpin oleh seorang Presiden yang bukan bertaraf ulama sekalipun, PAS tetap dengan dasar Islamnya kerana Majlis Syura Ulama (MSU) adalah badan tertinggi yang akan memandu PAS supaya sentiasa mematuhi Syariat Islam !!!

Kematangan berpolitik dalam kalangan pemimpin-pemimpin termasuk ahli-ahli PAS amat penting untuk diutamakan supaya rakyat Malaysia melihat PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang lebih dinamik dan universal selagi ia tidak bercanggah dengan dasar parti yang meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan !!!

Di sinilah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PAS akan dinilai oleh rakyat Malaysia dalam membawa hala-tuju dan masa depan PAS dalam mengarus perdanakan PAS dalam realiti politik di Malaysia di mana PAS tidak boleh bergerak secara bersendirian sebaliknya perlu terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PKR dan DAP sebagai satu wadah politik baru untuk menggantikan Barisan Nasional yang telah sampai penghujung usianya !!!!!

PAS for ALL !!!

UNDI PAS, UNDI PAKATAN RAKYAT !!!

SELAMATKAN MALAYSIA !!!

SENARAI PRESIDEN PAS

Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953 Presiden PAS Pertama
Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956 Presiden PAS Ke Dua
Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969 Priseden PAS Ke Tiga
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982 Priseden PAS Ke Empat

Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989 Priseden PAS Ke Lima

Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002 Priseden PAS Ke Enam


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini 
Priseden PAS Ke Tujuh
SUMBER : KLIK SINI

Posted by Kedah Lanie 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena