Saturday 18 April 2015

Mahathir hanya tanya, siapa beri arahan bunuh Altantuya? Adakah itu dianggap hasutan?

Ahad, 19 April 2015

Siapa ada maklumat kes Altantuya, sila tampil


Hanya 4 hari selepas menggesa polis membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kini berpatah balik dalam kata-katanya.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar milik Umno, New Straits Times (NST), Musa mempertahankan siasatan ke atas kes itu 9 tahun lalu dan berkata, melainkan jika terdapat maklumat baru tentang pembunuhan itu, ia tidak boleh dibuka semula.

"Mereka sudah menyiasat kes itu dengan teliti dan dengan bukti yang mereka dapati, 3 orang didakwa di mahkamah," beliau dipetik sebagai berkata.

"Jika sesiapa mempunyai maklumat baru mengenai kes itu, dia hendaklah membuat laporan supaya siasatan dapat dimulakan."

Musa, yang merupakan ketua polis semasa kemuncak kes itu, dilaporkan sebagai berkata, beliau berpuas hati dengan cara kes itu dikendalikan dan oleh itu, tidak melihat keperluan membabitkan orang lain dalam pembunuhan itu.

Dalam laporan NST itu, Musa juga menafikan terdapat sebarang campur tangan daripada pihak lain dalam tempoh siasatan itu.

"Tidak setahu saya."

Musa sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider, polis perlu menjawab soalan yang dikemukakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kes itu.

Katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan soalan ataupun dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan seperti dituntut sesetengah pihak.

"Sekarang ini Dr Mahathir tidak melakukan kesalahan. Nak siasat beliau (Dr Mahathir) kenapa?

"Beliau (Dr Mahathir) hanya tanya, siapa yang memberi arahan (pembunuhan Altantuya)? Adakah itu dianggap hasutan?

"Beliau hanya nak tahu siapa mengarah. Jadi, siasatan kalau boleh, menjuruskan kepada untuk mendapat jawapan, ataupun siapa yang mengarah," katanya.

Bagaimanapun, Musa dalam laporan NST itu berkata, beliau tidak meminta polis membuka semula kes itu tetapi sebaliknya meminta mereka yang mempunyai maklumat baru tampil ke hadapan.

"Apa yang saya maksudkan ialah merujuk kepada kenyataan timbalan menteri dalam negeri yang siasatan secara senyap sudah dimulakan terhadap Dr Mahathir," beliau dipetik sebagai berkata.

Musa juga berkata, beliau maksudkan jika polis memang menyiasat Dr Mahathir, mereka perlu menjawab soalan-soalan yang diajukannya mengenai kes Altantuya itu.

Dr Mahathir bertanya siapa yang memberi arahan membunuh itu kepada dua anggota polis yang disabitkan bersalah, sambil menjelaskan, beliau tidak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membunuh Altantuya. – tmi
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena