Thursday 30 April 2015

Rakyat tak peduli 1MDB, tapi jengkel dengan GST, kata Dr Mahathir

Khamis, 30 April 2015
Foto yang diambil pada 22 April, 2015 ini memperlihatkan dua ekor monyet milik Jamil Ismail (Jamilkucing) berbaju Melayu dan kurung di Kuala Lumpur. Jamil, 45, memelihara JK (kanan) dan Shaki (kiri) sejak ia berusia 9 tahun. – Gambar AFP, 30 April, 2015.

Rakyat tak peduli 1MDB, tapi jengkel dengan GST, kata Dr Mahathir
OLEH KC NAZARI
Published: 30 April 2015 2:51 PM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri dialog ‘Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M’ di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau mengulangi gesaan agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 April, 2015.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri dialog ‘Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M’ di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau mengulangi gesaan agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 April, 2015. 

"Apabila kita tanya pegawai kerajaan tentangnya, mereka pun tak boleh jawab. Jadi jelas, kerajaan tak dapat faham impak GST kepada orang ramai.
"Rakyat sangat-sangat berang, sangat jengkel dengan GST ini. Perkara lain, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka tak peduli sangat, tapi GST bagi kesan pada mereka. Tapi kerajaan kata, ia serupa SST (cukai jualan dan perkhidmatan).
"Bila kerajaan buat sesuatu yang kerajaan sendiri tak tahu hendak laksana dan kesannya, sudah masanya kita kaji ia semula," katanya kepada wartawan selepas dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pagi ini.
Dr Mahathir pada 25 April lalu menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST 6% yang diperkenalkan mulai 1 April dan menyarankan kerajaan menaikkan kadar SST.
"Saya fikir batal sajalah," katanya pada program "Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan" di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, ketika itu.
Menjawab kenyataan beliau itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta Dr Mahathir dan mereka yang mengkritik GST supaya belajar mengenai cukai penggunaan itu. – 30 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-tak-peduli-1mdb-tapi-jengkel-dengan-gst-kata-dr-mahathir#sthash.GnfMrY1i.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena