Wednesday, 14 June 2017

[Video Editor S'wak Report tolak ajakan IGP, P Pinang tak hirau Nazri] Jagung sudah dirudu gajah, baruk gago nak masang pagar

Rabu, 14 jun 2017

Jagung sudah dirudu gajah, baruk gago nak masang pagar

Kecoh, kamboh, riuh sekejap kita semua di Sarawak baruk tok. Nya stegal isu Cukai Pelancongan ya. Isu tok sebenarnya agak menarik juaklah. Menariknya sampey arum bulak dalam tempoh 24 jam ajak ada berapa kali ndak kah berbalas kenyataan dari pihak Nazri Aziz ngan sidak di Sarawak di sambut juak oleh sidak Sabah. Kiranya setegal isu tok pandey bergabong indah sidak Borneo dikerjanya.
Kemuncak isu tok bila kerajaan negeri Sarawak molah statement madah sidak narit dirik dari Malaysia Tourism Board secara serta merta. Keputusan ya nang kira kamek anggap sebagai drastik tapi nang berani. Sarawak yang selamak tok adalah fixed deposit kepada Barisan Nasional tang ada berani ngambik keputusan untuk “melawan” keputusan kerajaan persekutuan. Bukan ya ajak, malah bersindir  beranok melalui statement masing-masing.
Untuk satu rang undang-undang diluluskan ada beberapa peringkat yang perlu dilalui bukannya terus lulus begitu saja. Pertama, ia akan melalui proses perbincangan dgn pihak kerajaan negeri, NGO, agensi-agensi kerajaan dan macam-macam lagi pihak yang akan terlibat. Seterusnya, sesi merangka Rang Undang-undang (RUU) dengan macam-macam kajian yang terlibat lalu di bawa ke Jemaah menteri.
Kemudian,para jemaah menteri pula akan menyemak semula dengan pihak Jabatan Peguam Negara dan agensi-agensi yang terlibat apa kelebihan dan kekurangan perkara ini bila dilaksanakan kelak. Jika semua nya dah dipersetujui oleh pihak jemaah menteri, RUU itu akan dibincang dengan pihak Ahli Parlimen Kerajaan.
Apabila sudah di peringkat ini, andai kata pihak ahli parlimen kerajaan ini tiba-tiba tidak menyokong RUU itu tadi, maka ia tidak akan di bentangkan di Parlimen. Tapi apabila semuanya setuju, RUU ya akan dibentang dan dibahaskan di dewan rakyat dan dewan Negara berdasarkan kepada peraturan parlimen. Kemudian barulah RUU  itu dijadikan sebagai Akta atas perkenan dari Yang di-Pertuan Agong.
Jadi berbalik kepada kisah RUU Cukai Pelacongan 2017 ini tadi. Jika kalian memang sentiasa mengikuti perkembangan sidang parlimen mungkin kalian akan tahu cerita nya. RUU ini diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5  April 2017, hanya beberapa minit sahaja lagi sebelum pukul 5 pagi. Bayangkan kalian bila Nazri Aziz cuma bahas RUU ini lebih kurang 3 jam sahaja. . Dan tiada seorang pun ahli parlimen Sarawak yang mencelah. Hanya beberapa orang ahli parlimen pembangkang seperti Anthony Loke dengan Lim Guan Eng
Mungkin perkara ini tidak mendapat liputan sangat tapi sebenarnya sehari sebelum RUU ini dibentang dan diluluskan, sudah ada pihak di Sarawak yang menyatakan kebimbangan mereka jika cukai ini mula dilaksanakan kelak. Dan kebimbangan ini dinyatakan bukan oleh para YB atau ahli parlimen Sarawak tapi dari pihak Malaysia Association of Hotels (MAH) Sarawak Chapter, saudara Roy Ting.
Ujar beliau dalam satu temubual mereka merasa kecewa kerana mendapat tahu bahawa cukai tersebut akan dilaksanakan dalam masa 2 bulan lagi dan mereka hanya mendapat sedikit maklumat sahaja yang berkaitan dgn isu ini. Tiada notis rasmi atau pekeliling diedar dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Dan bukan beliau seorang sahaja yang terkejut. Saudara Johnny Wong sebagai pengerusi Sarawak Central Region Hotel Association juga menyatakan jika cukai ini dilaksanakan maka secara lansung ia akan memberi impak yang teruk kepada kawasannya dan beliau juga sangat membantah RUU ini sejak dari ia dicadangkan pada tahun lepas.
Malah Datu Ik Pahon Joyik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak yang sedia maklum tentang perkara ini juga menyatakan bahawa kerajaan negeri Sarawak belum diajak berunding dengan lebih lanjut lagi.
Tinggal kurang dari sebulan cukai yang akan bermula 1 Julai kelak, tiba-tiba Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah minta ditangguh perlaksanaan cukai ini, minta supaya dibincang semula. Maaf sahabat, benda sudah jadi. Sudah lulus. Salah siapa?
Oleh kerana wakil dari Sarawak yang minta penangguhan, bagi saya ini semua salah 25 orang ahli parlimen Sarawak. Mereka ini tidak mewakili Sarawak dalam hal ini. Mereka cuma mewakili Putrajaya. Mereka  ikut saja apa kata persekutuan. Dan apabila dah jadi perkara seperti ini, bertemu pula dengan menteri samseng.
Nama pun menteri yang diketahui tahap samsengnya, dan RUU pun telah diluluskan memang patutlah beliau marah bila isu ini tiba-tiba berbangkit. Tapi bila beliau mula menyindir Datuk Karim, benda ini terus menjadi isu bagi orang Sarawak terutamanya.
Apa Nazri Aziz fikir yang beliau seorang saja ke yang dah lama dalam politik? Orang lain juga sudah lama terlibat dalam politik tapi tidak pun bercakap besar. Janganlah beliau lupa kalau bukan kerana Sarawak dan Sabah ini fixed deposit untuk BN, mungkin sudah 2 penggal barangkali pihak pembangkang jadi kerajaan Malaysia lah!
Dan dalam temubual beliau yang pertama itu,beliau siap menyatakan lagi bahawa beliau tahu tentang Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Ternyata beliau memang lupa! Sabah dan Sarawak adalah “equal partner” dengan Tanah Melaya.
Sudahlah royalti minyak kebanyakannya digunakan untuk semenanjung, beliau masih boleh bersikap angkuh. Masih boleh mengatakan yang sebelah tangan pun beliau dapat kira hotel 5 bintang di Sarawak. Agak bila lah kali terakhir beliau datang ke Sarawak? Lebih baik beliau kira saja hotel di Perak sana?
Sedarkah kalian betapa teruknya ekonomi kita kini? Dari segi pelancongan, kononnya jika cukai ini dilaksanakan maka dapat membantu pembangunan Negara kita. Tapi tidak terfikir kah kita mengapa ada orang membangkang pelaksanaan cukai ini? Ini adalah kerana industri perhotelan agak teruk kini di Sarawak.
Jika cukai ini diteruskan boleh jadi makin kritikal lah ia kelak. Tidak nampak kah dengan penutupan pejabat-pejabat kementerian pelancongan sebelum ini adalah berpunca dari kerugian. Bagaimana dengan melaksanakan cukai ini akan lebih banyak membantu industri pelancongan kita.
Saya berharap perkara ini akan jadi pengajaran dan dapat membuka mata seluruh rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya. Kebanyakan menteri dari semenanjung ini tidak hormat pun dengan negeri kita, cara kita. Dan mereka memang tidak memikirkan kesusahan rakyat seluruh Malaysia. Sebab apa? Kerana mereka sudah senang.
Senang kerana kita ini sanggup meletak mereka berkuasa selama ini. Kita marah bila barang naik harga. Kita bising bila minyak sekejap turun tapi selalunya naik. Sedih dan kesal bila segala kesusahan tadi seolah tiada maksud bila masa pilihanraya, kalian tetap memangkah calon BN.
Kita sudah lama berkompromi dengan mereka. Bukan saja berulang kali perasaan kita diguris, malah kita ini dianggap seperti anak tiri saja. Bila perlu barulah tercari-cari, barulah dilayan baik. Ingatkah kalian semasa pilihanraya negeri yang lepas? Saban hari berita dari negeri kita ini  keluar di televisyen. Sekarang? Kalau ada, adalah. Kalau tiada, kita nak bising apa? Kita sendiri sudi dan rela diperlakukan sebegini.
Ingat rakyat Sarawak, rakyat Sabah. Ingatkan kerajaan persekutuan yang kita ini adalah equal partner dengan Malaya. Ini baru permulaan. Bayangkan apa lagi yang boleh jadi di masa depan. Kita berhak menentukan halatuju negeri kita. Jangan biar semuanya dikawal oleh pihak persekutuan.
Dan jangan lupa, kita juga ada hak menentukan kerajaan yang kita suka, kerajaan yang lebih prihatin dengan rakyat. Setiap kesusahan pasti ada Harapan. Tinggal diri kita sendiri mahu atau tidak dengan perubahan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena