Saturday 17 June 2017

Beranikah peguam Rosmah nak saman sekali DOJ?

Sabtu, 17 Jun 2017
Foto Suara Rakyat.

SATU DUNIA TAHU bahawa media2 massa di luar negara terus berani dedahkan siapa identiti #MO1dan isteri MO1 itu sendiri..

Beranikah peguam Rosmah nak saman sekali DOJ & media2 luar di sana ??!

Siri : 907

ROSMAH MANSOR TIADA HAK UNTUK UGUT PENULIS MEDIA SOSIAL TANPA MENGAMBIL TINDAKAN POSITIF TERHADAP DoJ TERLEBIH DAHULU !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Ekoran daripada laporan berkaitan pemfailan tindakan sitaan segar DoJ di Mahkamah Amerika Syarikat, terdapat pendedahan di dalam sana berhubung pembelian pelbagai barang kemas untuk ROSMAH MANSOR (isteri MO1 - NAJIB RAZAK) dengan menggunakan wang hasil dari SALAHLAKU KEWANGAN berkaitan dana 1MDB.

2. Lanjutan daripada itu, sememangnya terdapat pelbagai pihak yang telah merujuk dan menulis berkaitan tuntutan sitaan segar DoJ ini dengan barang kemas ROSMAH MANSOR, di pelbagai media sosial, apatah lagi sumber asal berita ini adalah daripada kertas-kertas kausa (dokumen-dokumen) Mahkamah, yang difailkan oleh satu agensi sisatan jenayah antarabangsa, yang berwibawa, dan bukannya tulisan mana-mana blogger bankrap yang melarikan diri dari diambil tindakan undang-undang di negara sendiri, yang nescaya hasil tulisannya, semestinya diragui.

3. Begitu aneh dan pelik, apabila MALAYSIAKINI melaporkan pada hari ini, 17.06.2017 di bawah tajuk "Peguam Rosmah buru 'pemfitnah' media sosial", yang mana mengatakan :

"Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

Menurut firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.

"Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.

"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau," kata firma itu dalam kenyataan, hari ini.

NoorHajran Mohd Noor berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis."

4. Yang sebenarnya ROSMAH MANSOR tidak mempunyai hak untuk mengugut rakyat Malaysia yang prihatin, yang sekadar merujuk dan menulis berkaitan hubungkait barang kemas ROSMAH MANSOR dengan tindakan sitaan segar DoJ itu semata-mata, TANPA ROSMAH MANSOR terlebih dahulu mengambil langkah-langkah wajar di sisi undang-undang seperti berikut :

a. Melantik peguam untuk memfailkan permohonan bagi tujuan mencelah di Mahkamah Amerika Syarikat di mana wujudnya tindakan sitaan DoJ itu, bagi tujuan seterusnya untuk memohon Mahkamah Amerika Syarikat untuk memBATALkan kesemua rujukan kepada barang kemas ROSMAH MANSOR dengan wang hasil dari SALAHLAKU KEWANGAN berkaitan dana 1MDB !!, dan

b. Untuk memujuk suaminya, MO1 (NAJIB RAZAK), dengan serta merta untuk mengambil tindakan undang-undang FITNAH terhadap DoJ dengan serta merta pada hari SELASA yang akan datang, 20.06.2017, tanpa menunggu 101 SELASA lanjut berlalu pergi, seperti yang berlaku berkaitan UGUTAN oleh NAJIB RAZAK untuk saman WSJ satu zaman yang lalu !! dan

c. Untuk memujuk suaminya, MO1 (NAJIB RAZAK), dengan serta merta untuk memanggil DUTA Amerika Syarikat untuk mengadap beliau dan tunjuk sebab kenapa tindakan tidak perlu diambil terhadap DUTA itu atas kononnya pendedahan "palsu" DoJ itu, dan juga memanggil pulang DUTA MALAYSIA dari sana sesegera mungkin !!!

5. Sekiranya perkara-perkara di dalam Perenggan 4(a),(b) dan (c) di atas tidak dilakukan oleh ROSMAH MANSOR, maka ROSMAH MANSOR tidak berhak untuk buat UGUTAN PALSU terhadap mana-mana Rakyat Malaysia yang prihatin, sama sekali !!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

(Sila lihat Siri : 212, 213, 214, 216, 217, 218, 219, 220, 221, 222, 225, 226, 228, 229, 230, 237, 238, 239, 240, 247, 257, 260, 269, 276, 282, 282, 289, 290, 365, 415, 420, 426, 428, 474, 481, 482, 483, 484, 560, 567, 603, 612, 613, 619, 663, 671, 692, 710, 725, 731, 733, 757, 770, 801 & 906) - Tindakan DoJ Amerika Syarikat

- Peguam Hanif Khatri -
17 Jun 2017.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=396519240748979&id=100011727181479


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena