Saturday 17 June 2017

[Video Jho Low beli 'The Equanimity' dengan dana 1MDB] Jelaskan siapa 'isteri MO1', kata Bee Hin (ADUN Damansara Utama dari DAP).

Sabtu, 17 Jun 2017

Jelaskan siapa 'isteri MO1', kata Bee Hin


Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan individu yang dikenal pasti oleh Jabatan Keadilan (DOJ) sebagai "isteri Malaysian Official 1 (MO1)".
Semalam, DOJ dalam pemfailan pelucuthakan sivil saman yang terkini mendakwa sekurang-kurangnya AS $27.3 juta digunakan untuk membeli loket berlian merah jambu 22 karat dan rantai leher untuk "isteri MO1."
ADUN Damansara Utama dari DAP, Yeo Bee Yin dalam kenyataan hari ini berkata, Rosmah perlu menjelaskan siapa individu yang tidak dinamakan itu.
"Oleh kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (seperti yang dilaporkan The Star pada 1 September 2016), maka tidak sukar untuk meneka "isteri MO1".
"Pada majlis semalam, Rosmah meminta rakyat Malaysia tidak mempercayai fitnah yang disebarkan oleh media sosial.
"Daripada menepis dakwaan DOJ, Rosmah harus beritahu rakyat Malaysia jika beliau adalah 'isteri MO1' yang disebut dalam saman DOJ itu," kata Yeo.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Kata beliau, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan sosial media bagi tujuan itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula semalam menafikan dakwaan terkini itu dengan menegaskan tiada salah laku dalam 1MDB.
Mengulas lanjut, Yeo berkata, jumlah dana yang digunakan untuk membeli barang kemas "isteri MO1" melebihi daripada peruntukan Program Permata 2017.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena