Friday 16 June 2017

[Video Apa aset DOJ mahu rampas?] Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah.

Jumaat, 16 Jun 2017

Foto Suara Rakyat.

"Berikut senarai 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1"

1 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K (sederdana) AS$52,000
1 gelang tangan “rose gold” bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (sederhana) AS$99,000
3 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (nipis) AS$91,200
2 gelang tangan emas bertatah berlian 18K (nipis) AS$60,800
3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (nipis) AS$76,125
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian hitam 18K (nipis) AS$35,500
2 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$92,000
4 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K dan jed hitam AS$68,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K AS$65,000
1 utas rantai “rose gold” berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati AS$150,000
1 utas rantai “rose gold” bertatah berlian putih 18K AS$70,714
1 utas rantai emas bertatah berlian putih 18K AS$55,489
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih 18K AS$40,172
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih dan hitam 18K AS$240,000

PETALING JAYA: Kira-kira AS$1.3 juta (RM5.5 juta) dalam dana boleh dikesan kepada penyalahgunaan pinjaman Bank Deutsche untuk membeli 27 barang kemas bagi isteri “Malaysian Official 1” (MO1) pada 2014.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mengatur pembelian dan pembayaran rantai serta gelang emas 18 karat dari Schwartz Inc di New York.

DoJ berkata, pereka barang kemas, Lorraine Schwartz turut dipelawa menunjukkan MO1 barang kemas itu di Hotel Bel-Air, Los Angeles pada atau sekitar 3 Januari 2014.

Low menghantar pesanan teks kepada Schwartz pada hari itu untuk mengesahkan beliau berada di sana. Di hotel, Schwartz bermakan malam bersama MO1 dan hadirin lain, sebelum dijemput ke sebuah suite untuk menunjukkan barang kemas itu.

KALAU PENDEDAHAN DARI #DOJ INI SATU FITNAH HARAP 'isteri #MO1' & kerajaan Malaysia sila SEGERA SAMAN DOJ !!

KALAU TAK SAMAN, maknanya.....


Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah

Mohd Apandi 1MDB
 | MALAYSIA DATELINE
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali didesak perlu menyegerakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak susulan pendedahan  terbaharu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB yang berhubungkait dengan Malaysian Official 1 (MO1).
Timbaan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil menjelaskan semua keterangan yang didedahkan DOJ itu sudah diketahui peguam negara sebelum ini sebagaimana hasil siasaaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bahkan beliau turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan DoJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah.
"Fakta yang didedahkan adalah berhubung salahlaku jenayah Perdana Menteri di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan AMLA.
"SPRM pula hendaklah menghantar semula kertas siasatan dan syor pertuduhan terhadap Perdana Menteri kepada Peguam Negara. Amatlah diharapkan agar Peguam Negara menjaga kepentingan dan maruah negara mengatasi MO1.
"Adalah amat penting untuk Peguam Negara memelihara keluhuran undang-undang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pendedahan yang dibuat oleh DoJ telah mendedahkan bagaimana wang AS$620juta yang dipulangkan MO1 kepada “penderma”.
" Ironinya, identiti penderma yang dimaksudkan itu juga masih kabur dan penuh tanda tanya.
Faiz Fadzil "Tindakan DoJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami ke mana wang yang telah dipulangkan oleh MO1 atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Fakta adalah terlalu jelas seumpama mentari pagi bahawa MO1 adalah Najib Razak dimana beliau digambarkan sebagai individu yang menerima AS$681 juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB yang mana jumlah tersebut disahkan Tan Sri Apandi walaupun dikatakan derma.
"Tiada menteri lain yang mengakui MO1, malahan Najib Razak juga tidak menafikannya. Tambahan pula, pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Najib Razak telah mengesahkan fakta ini," jelasnya.
Hari ini, DoJ telah membantu kita dengan membuat pelbagai pendedahan yang melibatkan penyelewengan MO1 dalam skandal 1MDB yang mana tidak mampu dilakukan oleh institusi penguatkuasa undang-undang negara termasuk Peguam Negara, SPRM mahupun Polis Diraja Malaysia.
Maruah negara hari ini begitu tercalar di peringkat antarabangsa sehinggakan digelar negara kleptokrasi.
Sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Najib Razak.
Malah wang tersebut digunakan untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Pendedahan ini bukanlah perkara baharu bagi rakyat Malaysia kerana dalam saman 'Civil Forfeiture' tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena