AMANAH Dan ARiF Hulu Langat Masak Dan Sampaikan 700 Bungkus Makanan Untuk Bersahur Kepada Mangsa Banjir
Jamzuri Ardani telah menambah 6 foto baru
JENTERA AMANAH HULU LANGAT SEGERA SANTUNI MANGSA BANJIR.
Seawal jam 4 petang tadi, air sudah mula naik akibat hujan lebat. Sebelum maghrib, laluan di Sg Serai sudah terputus dan banyak kereta terkandas. Ramai yang berhasrat untuk berbuka puasa di rumah tidak kesampaian, terkandas di tengah jalan akibat laluan ditutup.
Waktu itulah petugas Amanah datang membawa 500 bungkusan bubur lambuk untuk diedar kepada mangsa yang terkandas. Alangkah leganya mereka kerana ada juadah untuk berbuka puasa di saat musibah melanda.
Agak teruk banjir kali ini. Air naik dgn cepat dan banyak keluarga terlibat.
Seusai solat Maghrib, Bilik Gerakan Bantuan Banjir Amanah Dusun Tua mula beroperasi mengenalpasti keperluan dan merancang bantuan. Sumbangan kewangan mula diterima dan barang-barang keperluan mula ditempah.
Seusai tarawikh para petugas Amanah Hulu Langat mula menyediakan kelengkapan memasak dan menyiapkan bungkusan makanan untuk diedar kepada mangsa banjir di Dusun Tua.
Ketika para petugas yang diketuai Dr Mohd Cairul Iqbal dan Hjh Rawiyah sedang menyediakan makanan untuk mangsa banjir, pimpinan Amanah setempat Sdr Mohd Sany Hamzan, Ir Rusman Abu Samah, dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus bersama petugas ARiF sudah mula bergerak ke kampung-kampung dan taman-taman perumahan bertemu para penduduk dan mengenalpasti keperluan segera mereka.
Alhamdulillah, walaupun musibah melanda secara mengejut, jentera Amanah Hulu Langat mampu bergerak dengan cepat dan lancar bagi membantu mangsa banjir.
Amanah. Progresif. Peduli.
Anwar tak tawar diri jadi calon PM, gesa PH tumpu PRU
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan menawarkan diri sebagai calon untuk jawatan perdana menteri.
Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) sewajarnya memberi tumpuan kepada pilihan raya umum, bukannya bertelingkah mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang.
"Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pilihan raya umum (PRU), maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon Perdana Menteri.
"Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam satu pasukan mantap menentang Umno-BN, adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua pimpinan secara berkesan.
"Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir (Mohamad). Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan.
"Keutamaan dasar menjurus kepada kebajikan rakyat dengan menolak kerakusan kuasa dan rasuah," jelasnya.
Justeru, katanya, PH perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya.
"Pakatan Harapan perlu mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya.
"Semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan pengerusi hanya sebagai penyelaras. Segala persiapan/agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti.
Bagaimanapun, usul Bersatu untuk merombak struktur PH dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan pengerusi dan presiden dikhuatiri akan merombak kerangka pakatan itu menjadikannya mirip BN, katanya.
Beliau berkata, kesediaan semua parti untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal pakatan tersebut adalah dialukan.
0 comments:
Post a Comment