Saturday 17 June 2017

BERANIKAH Rosmah Pulangkan 27 Barang Kemas?

Sabtu, 17 Jun 2017
Foto Parti Amanah Negara.

BERANIKAH ROSMAH MANSOR PULANGKAN 27 BARANG KEMAS

1. Pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang akhirnya telah menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”. Pendedahan oleh DOJ menunjukkan wang yang dipulangkan tersebut diseleweng untuk dinikmati antaranya oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melalui akaun Tanore di Singapura yang didakwa dikawal oleh Jho Low yang merupakan sahabat karib anaknya Riza Aziz.

2. Tindakan DOJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami kemana wang yang telah dipulangkan oleh MO1. Walaupun DOJ menggunakan identiti MO1, namun pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak mengesahkan dakwaan DOJ ini.

3. Pendedahan penyelewengan MO1 dan isterinya dalam skandal 1MDB ini telah mencalar maruah negara di peringkat antarabangsa sehinggakan Malaysia digelar negara kleptokrasi. Kemewahan hidup Rosmah Mansor hari ini melebihi kemewahan yang pernah dipamerkan isteri diktator dan kleptokrat Filipina dahulu Imelda Marcos.

4. Saman DOJ ini mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk Rosmah Mansor. Selain itu, Rosmah juga dihadiahkan 26 barang kemas bernilai jutaan ringgit daripada penyelewengan duit "derma" ini. Samaada barang kemas mewah ini dihadiahkan oleh Jho Low sebagai tanda penghargaan atau arahan masih belum terjawab. Justeru, Rosmah Mansor perlu jelaskan perkara ini kepada umum kerana wang yang digunakan tersebut adalah milik rakyat.

5. Rosmah Mansor tidak boleh hanya menyatakan dakwaan ini sebagai fitnah tanpa membuat apa-apa tindakan. Rosmah Mansor seharusnya melantik peguam untuk mencelah prosiding saman 'civil forfeiture' oleh DOJ untuk mencabar kesahihan fakta yang didedahkan. Sementara prosiding ini berjalan, Rosmah Mansor juga perlulah memulangkan kesemua barang kenas yang diterimanya bagi membantu penyiasatan sepertimana yang dilakukan oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio yang memulangkan Oscar yang dimenangi Marlon Brando.

6. Peguam Negara seharusnya menasihatkan Rosmah Mansor mengikuti langkah DiCaprio kerana ia adalah prosedur biasa dalam penyiasatan kes sepertimana yang pernah ditunjukkan SPRM dalam rampasan barang mewah milik EXCO Johor dan pegawai Jabatan Air Sabah baru-baru ini. Ketua Polis Negara juga perlulah bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan DOJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah. Ketua Polis Negara perlu menunjukkan beliau lebih cekap daripada FBI dengan mengambil sendiri barang kemas tersebut daripada Rosmah Mansor.

7. Peguam Negara dan Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab besar untuk melindungi maruah dan integriti Malaysia dengan menasihatkan Rosmah Mansor melakukan tindakan mengikut undang-undang.

Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional
(17 Jun 2017)


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena