Tuesday 13 June 2017

[Video Rara terima komen lucah selepas muat naik dua video] Noh Omar & BN bertekad nak rampas Selangor? PLUS tutup lorong tambah nilai sepanjang Aidilfitri

Rabu, 14 Jun 2017

Foto Suara Rakyat.
Noh Omar & BN bertekad nak rampas Selangor..

Apa pandangan rakyat & pengundi2 di S'ngor?

PLUS tutup lorong tambah nilai sepanjang Aidilfitri

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.
Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.
"PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.
"PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi,” kata kenyataan itu.
Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.
Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.

Comment

Bila lagi nak ambil wang dari poket rakyat, tentulah ini lah masa yang terbaik, dengan ugutan semacam ini rakyat akan berpusu-pusu menambah nilai walaupun tiada tujuan sebenarnya untuk menggunakan lebuh raya pada hari raya ini. duit yang dilabur tentu boleh PLUS gunakan dulu untuk cari keuntungan lain.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena