Saturday 24 June 2017

[Video 1MDB, Najib Yang Berhutang Rakyat Yang Bayar & Berlapar!] 'Campur Tangan Asing' Jika tiada bukti PAS hanya dianggap sampah dan berniat jahat.

Ahad, 25 Jun 2017

Dap nafi dakwaan minta negara asing campur tangan, mahu Hadi tunjuk bukti
DAP nafi dakwaan minta negara asing campur tangan, mahu Hadi  tunjuk bukti
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika tiada bukti maka dakwaan PAS itu hanya dianggap sampah dan berniat jahat. - Gambar fail

GEORGE TOWN: PAS perlu mendedahkan siapa pemimpin DAP yang didakwa membuat rundingan dengan negara asing termasuk Amerika Syarikat agar campur tangan dalam politik negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika tiada bukti maka dakwaan PAS itu hanya dianggap sampah dan berniat jahat.
Strategi PAS itu katanya hanya dilihat sebagai cubaan mengalih isu yang mengaitkan parti itu dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Justeru beliau berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat mengemukakan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat.

"Saya kesal dengan tuduhan yang tidak berasas ini dan berharap beliau boleh tunjukkan bukti, macam mana kita minta negara asing seperti Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam hal ehwal di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, DAP juga tidak ada hubungan dengan Singapura, katanya mengulas kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada ceramah di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan  pada 11 April lalu mempersoal adakah  salah untuk  PAS berunding dengan Umno demi melaksanakan syariat Islam berbanding DAP yang berunding dengan negara asing untuk mengubah politik Malaysia.
Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena