Sunday 11 June 2017

[Video TERKINI: 8 maut, 1 parah nahas 4 kenderaan] Enam rentung dalam kemalangan.

Isnin, 12 Jun 2017


Bomba
Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di Ladang Risda Palong, Jempol pada kira-kira 2.20 petang, hari ini.- BERNAMA

Lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan

Lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, dekat Seremban kira-kira pukul 2.20 petang tadi.
Kemalangan itu melibatkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata mereka yang maut termasuk suami isteri dikenali sebagai Osman Mohamed Taip dan isterinya Rosniza Othman yang berada dalam Perodua Myvi.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang datang dari arah Keratong menghala ke Bahau cuba memotong sebuah motorsikal yang membawa peti aiskrim tetapi tidak lepas lalu membrek trelernya.
Treler itu kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan di sebelah kanan dan dalam masa sama sebuah Myvi yang datang dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau.
"Kemudian telah datang Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar," katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban hari ini.
Noorzainy berkata akibat kemalangan itu, Exora itu hangus terbakar 100 peratus manakala treler hangus 50 peratus.
"Pemandu treler dan pemandu Vios tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang yang berada di dalam Myvi cedera," katanya.
Identiti enam mangsa yang rentung masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan kesemua mangsa terbakar di tempat kejadian," katanya.
Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dadah dan kesemua mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital Jempol untuk tindakan lanjut," katanya.
-Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena