Friday 9 June 2017

[Video Mukhriz: 'SPRM tak boleh tangkap Perdana Menteri'] Tumbang BN Tumbang AES & BANTUAN RAYA RM500 aje? Tahniah Selangor, P.Pinang (Pakatan Harapan) Bonus tiga bulan dan dua bulan setengah gaji!

Jumaat, 9 Jun2017
Foto Parti Amanah Negara.
8 Jun 2017
13 Ramadhan 1438
SEBARAN MEDIA
BANTUAN RAYA: KAKITANGAN KERAJAAN ASET PENTING
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak bersama Pakatan Harapan (PH) akan menjadikan agenda kebajikan sebagai perkara terpenting terutama sekali kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri Perak khasnya kerana tanpa keupayaan mereka akan menatijahkan ketidak mampuan sesebuah pentadbiran kerajaan negeri.
Kebajikan terutamanya kepada kakitangan kerajaan yang akan sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan yang memerintah seperti kebiasaan di dalam bentuk bonus ataupun bantuan khas menjelangnya musim perayaan seperti Sambutan Hari Raya perlu diberikan sebagai 'suntikan' atau rangsangan khasnya kepada mereka.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Selangor yang kedua-duanya di bawah PH yang telah memberikan bonus yang cukup tinggi iaitu sebanyak tiga bulan dan dua bulan setengah kepada semua kakitangan kerajaan negeri mereka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Perak di bawah kerajaan PH nanti diyakini berkeupayaan untuk menambahkan hasil negeri dari pelbagai sumber yang telah dikenal pasti bagi memperuntukan untuk membiayai kos perbelanjaan menyumbang imbuhan kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang akan diusahakan.
AMANAH Perak juga bertekad dan berazam akan berusaha menyuarakan keresahan kakitangan kerajaan negeri khasnya berikutan bebanan harian yang meningkat untuk diberikan keringanan jika bonus atau bantuan khasnya tersebut dapat meringankan bebanan mereka bagi menghadapi musim perayaan pada kali ini.
Bagi AMANAH Perak, tanda sesebuah pentadbiran kerajaan negeri tersebut berjaya dan berdaya saing, sudah tentu adalah kerana kecekapan pentadbiran kerajaan yang melepasi kelemahan dan salah urus tadbir yang sering berlaku dan kakitangan kerajaan berhak di atas kejayaan tersebut jika sebelum ini telah diwar-warkan akan kejayaannya.
DATO’ SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak
Foto Pakatan Harapan Supporters.
AES di kilometer 96.4 arah utara di pagoda Sungai Lalang Sungai Petani selepas tol Sungai Petani Utara.. Tapi kali ni hebat sikit sebab dia tak tembak depan, dia tembak belakang.. Tumbang BN Tumbang AES..


Bukankah Cuepacs janji minta bonus 2 bulan?


ULASAN Kerajaan Persekutuan mengumumkan bonus RM500 kepada setiap penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pada Ogos tahun lalu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda telah berjanji untuk membuat permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam.
Kini janji hanya tinggal janji dan hanya retorik semata-mata kerana Cuepacs dilihat banyak mengikut telunjuk kerajaan dan gagal memainkan peranan sebagai wakil suara pekerja awam di negara ini.
Malaysiakini.
Ada lagi orang percaya dengan kerajaan? Yang percaya tu kalau bukan macai mereka mesti walaunta.. huhu

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena