Tuesday, 20 June 2017

[Video AMANAH ADALAH KOMUNIS! PC Saman Pesuruhjaya PAS Perak (Razman Zakaria) Amanah tegas saman Bendahari Pas Pusat.

Rabu, 21 Jun 2017

Kaitkan dengan komunis: Amanah tegas saman Bendahari Pas Pusat

HAZAYANI ZAKARIA
Posting Razman Zakaria
Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengemukakan saman fitnah terhadap Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria merangkap Pesuruhjaya Pas Perak berhubung dakwaan beliau kononnya Amanah ditubuhkan sebagai 'proksi DAP'.
Beberapa hari ini, gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan Amanah dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya tular semula di media sosial.
Gambar itu difahamkan dimuat naik oleh Razman tahun lalu sebelum beliau sekali lagi mengulas berhubung gambar itu di Facebooknya semalam.
Peguam Amanah Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.
Pc Hanipa Maidin
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.
"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.
Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang Amanah berkata, saman fitnah itu berasas kerana Razman membuat fitnah tersebut dalam keadaan tiada sebarang provokasi dilakukan ke atasnya.
"Razman kaitkan Amanah dengan komunis secara tiba-tiba, tak ada siapa provok dia dan dalam bulan Ramadan," katanya yang juga ahli parlimen Sepang.
Beliau juga berkata, DAP juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Razman kerana gambar setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut ada dalam gambar yang dimuat naik.
"Dari segi undang-undang DAP boleh saman jika mereka mahu kerana tuurt dikaitkan dalam fitnah ini," katanya. 
Razman  juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh timbalan pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Pada tahun 2015, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP.

1 comments:

Blogger said...

Ever wanted to get free Facebook Followers and Likes?
Did you know you can get these AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by getting an account on Like 4 Like?

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena